Resipi Nasi Lemak Anak Dara Terbongkar

oleh Asri Yussof pada 18 Oct 2016

Sudahkan anda bersarapan dengan Nasi Lemak Anak Dara?

nasi lemak anak dara

Persoalannya adakah mudah atau susah untuk menyediakan Nasi Lemak?

Nasi lemak

Rahsia utama dalam resipi pembuatan Nasi Lemak adalah pada kuantiti santan keadalam nasi, kemanisan dan pedas sambalnya dan juga cara kita goreng kacang dan ikan bilis.

Chef Azian dalam buku terbarunya, Recipes When You’re Broke berkongsi resipi Sambal Tumis Kentang dan Ikan Bilis. Ini cara olahan baru untuk penyediaan sambal Nasi Lemak.

Buku Resipi

MENARIK: Klik di sini untuk mendapatkan buku resipi ini dengan cara yang lebih pantas

MENARIK: Lebih 100 buku resipi yang akan membuatkan anda terliur

Ikuti langkah-langkah di bawah, selepas ini suami puan tidak lagi beratur panjang untuk mendapatkan Nasi Lemak Anak Dara selepas merasai sendiri air tangan puan.

Bahan-bahan yang diperlukan

bahan masak

  1. Empat (4) biji kentang dipotong memanjang
  2. Segenggam ikan bilis
  3. Dua (2) biji bawang merah dan tiga (3) ulas bawang putih yang telah dikisar
  4. Empat (4) sudu makan cili kering kisar
  5. Satu (1) sudu makan asam jawa, dibancuh dengan ¼ cawan air
  6. Satu (1) sudu teh gula
  7. ¼ sudu teh garam
  8. Minyak masak bagi menggoreng

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak. Sementara menunggu minyak panas, sediakan kentang yang kita potong secara memanjang tadi, dan juga ikan bilis.
  2. Bila minyak sudah panas, kita boleh mula menggoreng dua bahan ini. Goreng secara berasingan. Siap digoreng, ketepikan dahulu.
  3. Tinggalkan lebih kurang dua sudu makan minyak di dalam kuali tadi, dan mula menumis bahan-bahan yang sudah dikisar tadi sehingga naik wangi.
  4. Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan gula, garam, bancuhan air asam jawa, dan kacau sehingga kuah mendidih.
  5. Bila kuah sudah pun mendidih. Masukkan ikan bilis dan ubi kentang yang sudah kita goreng awal-awal tadi, dan gaul sehingga sebati.
  6. Tutup api dan hidangkan.

Mudah, bukan? Sekarang tuan-tuan dan puan-puan bolehlah menikmati sambal tumis kentang dan ikan bilis bersama nasi lemak di pagi hari sebelum ke tempat kerja bersama suami dan anak-anak. Ingat, air tangan isteri membawa kebahagiaan dalam keluarga.