Artikel

Robert T. Kiyosaki Berkongsi Cara Bijak Bina Kekayaan

oleh Nor Fatin Amira Salleh pada 03 Oct 2017

Pada kebiasaannya, seorang ayah akan memberitahu anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh agar berjaya dalam pelajaran dan mendapat kerja yang bagus di syarikat yang baik. Baginya ia adalah satu jalan untuk bekerja mendapatkan wang.

Itu adalah satu pemikiran yang konservatif. Yang luar kebiasaannya pula, seorang ayah menggalakkan agar anaknya belajar cara wang bekerja untuk di aplikasikan dalam hidup.

Itu adalah dua perbezaan karakter yang cuba ditonjolkan dalam buku Rich Dad Poor Dad. Ayahnya yang berpendidikan tinggi digambarkan sebagai Poor Dad. Manakala, ayah angkatnya yang berpendidikan rendah adalah Rich Dad.

rich dad poor dad

Melalui buku tersebut, saya menyedari penulisnya Robert T. Kiyosaki cuba membawa orang ramai kepada satu dimensi baru tentang bagaimana untuk mencapai kekayaan. Saya menyedari bahawa banyak ilmu yang berbeza tentang bagaimana untuk kita membuat kekayaan yang cuba disampaikan Robert dalam buku ini.

Sejak buku ini diterbitkan pada kali pertama pada tahun 1997, buku ini telah diterjemah ke dalam 51 bahasa, yang boleh didapati di 109 buah negara dengan jumlah buku yang terjual sebanyak 27 juta buah seluruh dunia.

Sehingga 20 tahun penerbitannya, dapat dipersetujui, buku ini adalah kitab suci kewangan yang boleh menjadi rujukan sepanjang masa. Formula kewangan yang diketengahkan juga relevan merentasi zaman.

Sebagai contoh, penulis sangat menekankan bagaimana pelajaran kewangan ini yang tidak diajar di sekolah adalah lebih penting, dan sepatutnya lebih diutamakan daripada pelajaran lain.

robert t. kiyosaki

Beliau yang dahulunya juga miskin, berjaya mengubah hidupnya dengan membina empayar bisnes sendiri. Pendidikan kewangan sangat ditekankan oleh penulis. Selain itu, beliau cuba mengajak pembaca bagaimana untuk membezakan antara aset dan liabiliti.

Secara umumnya, penulis yang juga ahli bisnes yang berjaya telah membahagikan sembilan pelajaran penting berkaitan kewangan dalam buku ini. Selain daripada konsep kewangan yang berbeza daripada kebanyakan orang, beliau turut berkongsi langkah-langkah membangunkan kuasa dalam diri.

Apa yang penting buku ini bukan hanya untuk mereka yang belajar mengenai perakaunan dan kewangan. Namun, orang tidak ada asas berikut juga tidak patut melepaskan peluang belajar cara bagaimana wang dapat bekerja untuk kita dan bukan kita bekerja untuk wang.

MENARIK: Bagaimana Cara Capai Kebebasan Kewangan

MENARIK: Bencana Korupsi - Apa Yang Boleh Dipelajari Dari Pengalaman Robert T. Kiyosaki

Klik di sini untuk membeli buku-buku karya Robert T. Kiyosaki

Hal ini kerana, pendidikan kewangan yang diterapkan dalam buku ini mudah difahami. Ia juga tidak mungkin dapat dipelajari di sekolah harian biasa. Mungkin pada awalnya pembaca akan bersikap skeptikal dengan cara mendapatkan kekayaan yang ditonjolkan oleh penulis.

Namun, saya percaya pembaca akan mengubah pandangan dan meluaskan kotak pemikiran mengenai pendidikan kewangan yang cuba disampaikan penulis.  Ternyata cara beliau juga adalah berkesan dalam menuju ke jalan kekayaan.

robert t. kiyosaki

Saya pasti, jika kita benar-benar memahami konsep kewangan dengan padu, kita akan dapati bahawa punca utama kemiskinan dan masalah kewangan adalah ketakutan dan kejahilan yang wujud dalam diri seseorang, dan bukannya keadaan ekonomi semasa, kerajaan, ataupun orang yang kaya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024