Artikel

Safee Diburu Kekecewaan: SS10 #5: Dalam Dilema

oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid pada 07 Feb 2014

SS10 Super Safee merupakan salah satu karya Ben Wong, kartunis muda yang memenangi International Manga Award 2007.

Kali ini dalam keluaran karya terbaru, Ben Wong menampilkan siri SS10 #5: Dalam Dilema yang memaparkan kisah kekecewaan Safee kerana tidak diterima ke sekolah khas sukan seperti rakan-rakannya yang lain. 

Walau bagaimanapun, kehadiran teman rapat dan kata-kata semangat yang dilontarkan mampu menjadikan Safee kembali lebih bersemangat.

Ikuti siri SS10 #5: Dalam Dilema bagi mengetahui kisah seterusnya yang terjadi kepada Safee dalam merealisasikan cita-cita dan impian.

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024