Artikel

Safee Diburu Peminat: SS10 #4: Peminat Rahsia

oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid pada 29 Oct 2013

SS10 Super Safee, salah satu karya Ben, kartunis muda yang memenangi International Manga Award 2007. 

Cerita berkisar kehidupan Safee, pemain bola berbakat yang baru memulakan persekolahan peringkat menengah.

Berdepan pelbagai cabaran untuk mewakili pasukan bola sepak sekolahnya, Safee bersama rakan-rakannya sabar melayan karenah pelajar lain yang kurang senang dengan kehadirannya di sekolah tersebut.

Kelincahannya di padang bola telah menarik minat peminat rahsia yang sering mengirimkan surat dan sandwich istimewa kepadanya. 

Ikuti kisah Safee yang memiliki semangat tinggi untuk bermain bola sepak serta tidak pernah kenal erti putus asa demi memperjuangkan cita-citanya.

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024