Artikel

Sambut Maulidul Rasul: PTS Bookcafe Buka Pameran di Masjid Putra

oleh Roziyah pada 24 Nov 2011

PTS Bookcafe Sdn Bhd membawakan buku-buku menarik dan terkini sempena sambutan Maulidul Rasul di Masjid putra, Putrajaya.

Program anjuran Masjid Putra, Putrajaya ini membawakan pelbagai aktiviti menarik sempena sambutan Awal Muharam.

PTS turut memeriahkan sambutan Maulidur Rasul ini dengan membawakan pelbagai buku menarik dan terkini serta masih panas di pasaran dengan diskaun menarik dan menggemparkan.

Dapatkan buku terkini terbitan PTS antaranya seperti buku tulisan Ustaz Azhar Idrus, buku Dr. Danial Zainal Abidin, koleksi novel Tuan Abdul Latip Talip dan ramai lagi.

Sertai Program Maulidul Rasul bertempat di Masjid Putra, Putrajaya bermula dari 25 November hingga 27 November ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024