Artikel

Sambut Tahun Baru Bersama Penulis PTS

oleh Roziyah pada 29 Dec 2011

Cuti hujung tahun akan menemui kita tidak lama lagi. Pelbagai aktiviti disediakan oleh persatuan dan syarikat bagi mengisi sambutan tahun baru dengan lebih bermanfaat.

PTS selaku penerbit berbahasa Melayu nombor satu di Malaysia turut tidak melepaskan peluang mengisi sambutan tahun baru ini bersama peminat-peminat buku tempatan.

PTS dengan kerjasama MPH mengadakan program istimewa bersama dengan penulis PTS khas di Alamanda, Putrajaya.

Bermula sabtu ini, 30 Disember, PTS membawakan penulis buku komik Dear Yayah, Farihah Iskandar dan Ard One bagi bertemu dengan peminat di Alamand, Putrajaya. Hadiah menarik disediakan bagi pengunjung yang hadir.

Pada 31 Disember 2011 pula, PTS membawakan penulis buku Puteri Damia dan serta 4 Puteri bagi bertemu dengan peminat buku puteri terbitan PTS. Anak-anak juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh puteri-puteri PTS.

Lebih menarik, pada 1 Januari 2011 ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan chef selebriti PTS, Chef Hussin yang semakin meningkat naik namanya dalam rancangan Spice Route di TV3. Sertai dan rasai masakan beliau dalam demo masakan bersama Chef Hussin di Alamanda, Putrajaya pada 1 Januari ini.

Akhir sekali, pada 2 Januari, PTS membawakan penulis buku masakan buah-buahan, Chef Noraini bagi bertemu dengan pengunjung di sekitar Alamanda, Putrajaya.

Selain bertemu dengan penulis-penulis hebat ini, pengunjung juga berpeluang mendapatkan hadiah istimewa daripada PTS khas di pesta buku Alamanda, Putrajaya ini.

Sertai kami dalam kemeriahan sambutan 105th Alamanda dan dapatkan buku terkini serta panas di pasaran.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024