Artikel

Sambut Tahun Baru dalam Mini Karnival Indahnya Islam

oleh Roziyah pada 28 Dec 2011

Sambutan tahun baru semakin meriah dengan aktiviti menarik yang dirancang pelbagai organisasi. Program berbentuk ilmu dan memberi manfaat kepada pengunjung disediakan bagi mengisi sambutan tahun baru yang dinanti oleh segenap masyarakat.

Terkini, Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan Mini Karnival Indahnya Islam sempena sambutan tahun baru 2012 bermula dari 31 Disember hingga 1 Januari 2012 ini.

Mini Karnival yang diadakan bermula dari jam 11 pagi itu membawakan pelbagai aktiviti menarik yang penuh ilmu. Antara program yang disediakan termasuklah Diskusi Buku bersama penulis buku Ensklopedia Solat, Tuan Hj. Zamihan Md. Zain dan penulis buku PTS, Tuan Rohidzir Rais.

Selain itu, Mini karnival ini juga turut membawakan kempen indahnya Islam, Bual bicara di ambang 2012, konsert mini nasyid, Qiyamullaill, kuliah subuh dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

Pameran dan jualan buku Islami dari pelbagai penerbit juga disediakan. Tuan dan puan yang hadir juga berpeluang mendapatkan buku PTS yang terkini dan panas di pasaran.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan Mini Karnival Indahnya Islam@Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur bermula dari jam 11 pagi, 31 Disember hingga 1 Januari 2012 ini.

Maklumat lanjut program ilmu sambutan tahun baru ini boleh diperolehi dengan melayari facebook MASJID JAMEK BANDARAYA KUALA LUMPUR.

Bersama-sama kita memeriahkan lagi program ilmu sempena tahun baru yang akan menemui kita beberapa hari sahaja lagi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024