Artikel

Satu Buku ini Telah Mengubah Kehidupan Dan Perniagaan Oprah Winfrey

oleh Asri Yussof pada 20 Jun 2017

Hari ini, semua orang tahu setiap buku yang dicadangkan dari Oprah Winfrey boleh melonjakkan sesebuah buku untuk masuk ke senarai buku paling laris dijual.

Beberapa tahun selepas “The Oprah Winfrey Show” bermula, beliau memulakan Oprah Book Club lebih kurang pada tahun 1989. Oprah telah membaca buku yang mengubah hidup dan kejayaan beliau sehingga menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Buku tersebut adalah The Seat of the Soul yang ditulis oleh Gary Zukav. Beliau memberitahu ketika menyampaikan ucapannya baru-baru ini di Skidmore College.

oprah and zukav

“Di dalam buku tersebut, Zukav menulis tentang bagaimana setiap tindakan diikuti oleh tindak balas, seperti yang kita semua tahu ianya adalah undang-undang ketiga gerakan dalam fizik.”

Tambah beliau lagi, “Zukav juga menulis, sebelum adanya pemikiran atau tindakan, terlebih dahulu niat akan muncul.”

“Sesuatu yang membuatkan saya terfikir tentang itu,” kata Oprah. “Niat akan mendahului setiap pemikiran dan tindakan. Malah hasil pengalaman anda juga ditentukan oleh niat.”

“Niat ini adalah apa yang benar-benar tersimpan dan mengubah haluan hidup saya” - Oprah

Ketika dia mula-mula membaca buku ini, kata Oprah, beliau adalah seorang yang jenis suka menghiburkan orang”. Jenis perempuan yang sanggup lakukan apa sahaja yang orang lain mahu saya lakukan”

oprah happy

Dari situ, beliau telah mula membuat wang dalam dunia hiburan. Dengan tiba-tiba dia mempunyai banyak ‘sepupu’ dan ‘rakan-rakan sekolah’ yang memerlukan beliau untuk menghiburkan orang ramai. “Saya mempunyai masalah untuk berkata tidak,” beliau memberitahu.

“Niat ini adalah apa yang benar-benar telah menyelamatkan dan mengubah haluan hidup saya,” - Oprah

“Saya mula membuat keputusan saya sendiri dengan apa yang saya maksudkan, bukan kepada apa yang orang lain mahu saya lakukan atau apa yang saya fikir akan menggembirakan mereka,” sambungnya.

Saya bertanya kepada diri saya sendiri ketika itu, “Adakah saya benar-benar berhasrat untuk membuat perubahan dari pilihan yang akan saya ambil ini?

“Dari situ, saya mula mengaplikasikan kehidupan secara sengaja dan pemikiran yang disengajakan untuk segala-galanya dalam hidup saya,” termasuk perniagaannya.

Saya berkata kepada penerbit saya, “Jangan bawa kepada saya rancangan atau idea melainkan anda mempunyai niat yang jelas tentang apa yang akan kita lakukan ini”

oprah

Oprah mahu kakitangannya untuk mula jelas kepada apa yang mereka mahu beritahu kepada dunia dengan rancangan apa yang mereka mahu hasilkan dengan baik.

Peraturan ini adalah mutlak: “Jangan bawa kepada saya sesuatu idea yang saya tidak boleh mencari kebenaran yang saya boleh pilih sendiri” melainkan jika saya boleh mencari kebenaran dengan mudah dan saya boleh duduk di kerusi dan bertanya soalan dengan niat untuk mencapai sesuatu yang lebih besar daripada temuramah.

Kecil atau besar, perkara ini sudah menjejaskan rancangan yang dipersembahkan. “Sebab itu saya hentikan segmen memasak” kata Oprah. “Oleh kerana saya tidak dapat berpura-pura tentang makanan.”

Sebelum saya membaca buku ini, “Kami mempunyai satu rancangan pertandingan memasak yang terkenal dan seseorang telah memenangi hadiah satu juta dolar, saya tidak tahu bagaimana mereka boleh menang,” kata Oprah. “Apabila saya merasa masakan mereka, memek muka saya memberikan jawapan yang berbeza.”

“Jadi itu adalah pengakhiran segmen memasak” kata beliau.

oprah cooking

Perubahan lain yang lebih mendalam.

Oprah mengimbas kembali pertama kali beliau menggunakan prinsip niat beliau untuk rancangannya. Hari itu, tetamu beliau adalah seorang ibu yang anak perempuannya berusia 16 tahun yang telah dibunuh oleh teman lelakinya.

Oprah pergi ke bilik hijau sebelum rakaman dan bertanya kepada wanita tersebut, apa yang menyebabkan beliau boleh bersetuju untuk hadir ke rancangan itu?

Wanita itu memberitahu Oprah yang dia mahu orang lain tahu bahawa hidup anaknya itu adalah lebih besar daripada kematiannya. Anaknya telah menjadi pelajar yang baik, tukang sorak, popular, bukan sahaja mangsa.

Semua orang mahu bercakap dengan wanita itu tentang bagaimana anak perempuannya meninggal dunia, dan mengapa dia tidak tahu mengenai kes keganasan domestik. Wanita itu mahu orang tahu bahawa dia mencintai anaknya dan anaknya mempunyai kehidupan yang jauh lebih besar dari kes pembunuhan itu.

Oprah bersetuju,  ”Saya berkata, baik! saya boleh berbuat demikian ... ini adalah niat saya. Saya mahu semua orang untuk mendengar cerita anak anda, melihat kawan mereka, dan juga dapat melihat diri mereka sendiri dan tahu bahawa dengan berdiam diri ia boleh mengubah seseorang itu menjadi pembunuh.”

“Itu rancangan pertama yang saya memenangi Anugerah Emmy ” - Oprah.

oprah

“Sebab kenapa rancangan The Oprah Winfrey Show boleh menjadi rancangan No.1 yang kukuh selama 25 tahun adalah kerana niat kami,  tujuannya untuk berjaya.”

Sumber: CNBC

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024