Artikel

Saya Sayang Nabi: Kisah Hidup Rasulullah s.a.w

oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid pada 27 Jan 2014

Sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w adalah sesuatu yang penting untuk diteladani dan difahami oleh segenap peringkat umur.

Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan kita untuk menuntut ilmu serta kefahaman mendalam tentang sirah Baginda.

Buku Saya Sayang Nabi: Kisah Hidup Rasulullah s.a.w merupakan buku berkisar tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w bermula dari kelahiran sehingga kewafatan Baginda.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua pembaca terutama pembaca muda kerana konsep dan teknik penceritaan dalam mengupas sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w amat menarik hati.

Disamping itu,  buku ini juga memuatkan sejarah ringkas Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin dalam menyebarkan perjuangan syiah islam serta kisah-kisah kepahlawanan yang berlaku pada zaman Nabi.

Bacaan penuh berinformasi ini akan membantu pembaca muda untuk mengenali lebih mendalam tentang kisah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. dan sekali gus dapat menyemai cinta kepada Baginda.

Jadikan bahan bacaan ini sebagai teman setia serta panduan berguna kepada anak-anak muda.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024