Artikel

Sejarah Ringkas World Economic Forum di Davos Yang Perlu Anda Tahu

oleh Asri Yussof pada 26 Jan 2018

Sejak semalam World Economic Forum sedang berlangsung di Davos. Program yang dirancang selama 4 hari ini yang bermula sejak 23 Januari 2018 yang lalu adalah acara tahunan wajib dan yang ditunggu-tunggu oleh pengamal media.

Kenapa Davos menjadi tempat acara tahunan yang wajib untuk World Economic Forum?

Ketika kali pertama WEF dianjurkan pada tahun 1971, ia dimulakan oleh Profesor Klaus Schwab, seorang profesor perniagaan di University of Geneva yang mengatur pertemuan pertama antara 450 pemimpin perniagaan untuk membincangkan amalan pengurusan global di Davos.

Profesor Klaus Schwab

Pada awalnya, acara ini dinamakan European Management Symposium (Simposium Pengurusan Eropah) yang bertujuan untuk membincangkan bagaimana mereka bersaing di pasaran global, terutamanya terhadap firma-firma Amerika.

Bermula tahun 1987 Profesor Schwab menggunakan nama Forum Ekonomi Dunia secara rasmi untuk menyambung acara tahunan mereka dan berusaha memperluas wawasannya untuk menyediakan platform untuk dialog.

world economic forum

Daripada perbincangan hanya seputar isu ekonomi global, acara ini menjadi acara terpenting setiap tahun. Masing-masing menjadikan WEF sebagai pentas untuk menjadi ‘Hero’.

Pada tahun 1973, menjadi catatan penting di dalam sejarah apabila, buat pertama kalinya acara ini membahaskan peristiwa global seperti perang Arab-Israel dan memperdebatkan sehingga ke isu-isu sosial.

Kemudian, sejak 1974, ahli-ahli politik dari banyak negara telah dijemput untuk kali pertama hadir ke Davos dan turut serta dalam perbincangan dan forum yang diadakan di sana.

Deklarasi Davos yang ditandatangani pada tahun 1988 oleh Greece dan Turki, yang menyaksikan mereka berpaling dari ambang perang. Manakala pada tahun 1989, Korea Selatan dan Korea Utara mengadakan mesyuarat peringkat menteri pertama mereka di Davos.

Davos Declaration

Pada Mesyuarat yang sama, Perdana Menteri Jerman Timur Hans Modrow dan Canselor Jerman Helmut Kohl bertemu untuk membincangkan penyatuan semula Jerman.

Pada tahun 1992, Presiden Afrika, Klerk bertemu dengan Nelson Mandela dan Ketua Mangosuthu Buthelezi pada Mesyuarat Tahunan, penampilan pertama mereka di luar Afrika Selatan dan peristiwa penting dalam peralihan politik negara.

Nelson Mandela

Acara tahun WEF boleh dikatakan acara penting bagi ahli politik, ahli perniagaan dan akademi serta pengamal media. Apa-apa sahaja boleh berlaku di Davos.

Seperti yang dilakukan oleh Presiden Turki, Erdogan di WEF pada tahun 2009. Beliau secara terbuka di hadapan Presiden Israel Shimon Peres, yang mengutuk serangan udara Israel dan pencerobohan wilayah Palestin yang telah membunuh ramai orang.

Erdogan at Davos

Erdogan berkata: “Saya masih ingat dua bekas perdana menteri di negara anda yang mengatakan mereka berasa sangat gembira apabila mereka dapat memasuki Palestin dengan kereta kebal.

“Saya sangat sedih bila lihat orang memuji apa yang anda katakan.” Padahal ramai orang terbunuh dan saya fikir ia adalah sangat salah dan ini bukan kemanusiaan.

David Ignatius, kolumnis dari Washington Post, merangkap moderator pada ketika itu memotong Erdogan dan berkata: “Kami tidak dapat memulakan perbahasan lagi, kita tidak mempunyai masa.”

Apabila Erdogan berkata: “Tolong berikan saya selesai,” balas Igatius: “Kami benar-benar perlu memberi laluan untuk makan malam.”

Erdogan menjawab: “Terima kasih banyak, Terima kasih banyak, Terima kasih banyak, saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos selepas ini.”

WEF pada tahun 2009 akan menjadi acara yang paling diingat dalam sejarah, kerana apa yang diangkat adalah tentang peperangan yang tidak berhujung, antara Israel dan Palestin.

Acara WEF juga pernah diadakan di luar Davos. Iaitu pada tahun 2002, ia diadakan di New York sempena memberi solidariti kepada serangan 11 September di Amerika.

WEF 2002

Ketika WEF diadakan pada tahun berikutnya, 2003. Kumpulan penunjuk perasaan yang ramai telah berhimpun. Mereka dari kumpulan anti-globalisasi yang percaya globalisasi dan kapitalisme telah meningkatkan kemiskinan di seluruh dunia.

Sejak 2011, isu-isu wanita mula mendapat tempat di WEF. untuk memberi keseimbangan, mereka perkenalkan kuota sekurang-kurangnya seorang wanita untuk setiap lima eksekutif kanan yang hadir.

Women at Davos

Sejak itu, jumlah peserta wanita telah meningkat dari sembilan peratus pada tahun 2001 kepada 21 peratus pada tahun 2017. Rata-rata yang menghadiri WEF membayar kira-kira $40,000 semata-mata untuk hadir ke sana. Untuk ahli perniagaan, mungkin WEF juga adalah peluang yang besar untuk membina jaringan.

Sumber: The Sun, Times, WEF, Guardian

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024