Artikel

Selami Ilmu : Kandil di Kaki Gunung

oleh Zatil Azyyati Mustapha pada 26 Feb 2014

Kandil Di Kaki Gunung adalah kisah tentang Puan Roza Roslan.

Akhirnya, ia menjadi kisah yang terdapat dalam setiap insan yang melalui kehidupan ini sambil mengutip hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Konsep penulisannya bersifat santai, mudah dan bersahaja. Namun, padat dengan kisah-kisah motivasi yang mampu menjadi sumber inspirasi buat pembaca.

Penulis juga sentiasa menyelitkan unsur-unsur ketuhanan dan kemanusiaan yang menyentuh jiwa.

Melalui buku ini, penulis menyampaikan mesej tersirat berupa teguran secara spontan dan kritikan sosial yang dapat dijadikan sebagai pengajaran dan panduan.

Beliau menanam rasa cinta kepada Allah secara halus serta menggunakan gaya bahasa yang lembut dan indah.

Pembaca juga dipaparkan dengan perkaitan hubungan antara alam, manusia dan Tuhan secara berterusan dalam setiap penceritaannya.

Ia diwacanakan dalam susunan kandungan yang hampir sempurna.

Penulis menyajikan pengisian bagi bertafakur dan bermuhasabah diri supaya setiap pembaca mengharungi kembara hidup ini dengan penuh kekuatan, kesyukuran, dan pengertian.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024