Artikel

Selepas Ibu Saya Meninggal, Barulah Saya Tahu Betapa Pentingnya Pengurusan Jenazah

oleh Asri Yussof pada 15 Jul 2016

Kematian adalah sesuatu yang wajib dan pasti akan berlaku kepada setiap manusia di dunia ini. Kita perlu sentiasa diperingatkan tentang kedatangan kematian dan memperbanyakkan menyebut berkenaan mati, sama ada pada waktu siang ataupun malam.

Dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Ibnu Majah,

Nabi Muhammad saw ditanya, “Siapakah orang beriman yang lebih cerdik?” Baginda menjawab, “Mereka adalah orang yang banyak mengingati mati dan baik pula persiapannya bagi menghadapi kehidupan selepas mati. Mereka itu adalah orang beriman yang lebih cerdik.”

Pengurusan jenazah adalah sub-ilmu yang sangat penting bagi setiap anak yang mempunyai ibu dan ayah. Tentu kita mempunyai cita-cita agar bila kita ada anak nanti, anak kitalah yang akan menguruskan jenazah kita nanti.

Begitulah ibu ayah kita, mereka tentu juga sangat berhasrat agar kita sebagai anak mereka menjadi orang penting yang menguruskan jenazah mereka apabila mereka tiada. Bermula dari memandikan jenazah, mengkapankan, menyembahyangkan, mengangkat, sehinggalah mengebumikan jenazah.

Ada seorang teman yang bercerita kepada saya tentang kawanya, apabila ibunya meninggal, beliau sangat menyesal apabila tidak dapat untuk memandikan ibunya, mengkapankan, menjadi imam solat jenazah, dan masuk ke liang lahat untuk mengebumikan ibunya.

Semua perkara itu dilakukan oleh orang-orang masjid, sedangkan yang meninggal itu adalah ibunya. Beliau sangat menyesal. Bermula dari situ beliau mula mempelajari ilmu pengurusan jenazah. Walaupun ia nampak remeh, tapi sebenarnnya ia sangat penting.

Sehinggalah beliau bertemu dengan buku Persiapan Yang Terpuji dalam Pengurusan Jenazah ditulis oleh Ustaz Azhar Idrus. Pengurusan jenazah dari A-Z diajar satu persatu dalam buku ini.

Dua tahun kemudian, ayahnya meninggal dunia, kali ini beliau yang menguruskan semuanya. Orang-orang masjid menjadi pembantu beliau. Memandikan, kafan, menjadi imam solat, sehinggalah masuk ke liang lahat memasukkan jenazah ayahnya. Alhamdulillah…

Tulisan ini bukanlah untuk membuka aib orang, tetapi ini menjadi peringatan kita bersama, agar kita yang masih mempunyai ibu dan ayah masih sempat untuk belajar dan nanti bila mereka mati, kita yang menguruskan jenazah mereka.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024