Artikel

Selidik Sebelum Share - Pesan 2 Doktor Ini Kepada Orang Ramai

oleh Asri Yussof pada 31 Jul 2017

Dalam bidang perubatan, fakta adalah perkara yang amat penting yang perlu ditikberatkan supaya kita tahu apa yang betul dan apa yang salah. Doktor adalah rujukan yang paling terbaik untuk menjawab mengenai persoalan perubatan dan ubat-ubatan, bukan informasi di wahtsapp atau di facebook yang sering kita baca dan ramai orang share tetapi tidak mempunyai sumber yang tepat untuk dirujuk kesahihan maklumat tersebut.

Dr. Nor Faiza Mohd Tohit ketika membuat konklusi di acara Kerusi Puteh The Series anjuran Puteh Press semalam, memesan agar segala informasi yang kita terima supaya diselidik sumbernya dari mana supaya kita tidak tersalah dalam bertindak. Kadang-kadang banyak mitos yang kita dengar sebenarnya tidak tepat dengan etika perubatan.

Beliau memberi contoh dengan produk cermin mata berlubang yang dikatakan boleh menyembuhkan mata rabun. Kata beliau cermin mata seperti itu tidak boleh untuk menyembuhkan melainkan hanya berkesan ketika memakainya sahaja.

Cermin yang berlubang akan memantulkan cahaya keatas retina dengan tepat dan boleh mengurangkan kadar rabun si pemakai. Tambah beliau lagi, mata rabun hanya boleh disembuhkan dengan pembedahan lasik. Ini kaedah perubatan yang terbaik setakat ini yang kita ada.

Beliau memberitahu semalam di Pesta Buku MABOPA kepada semua pengunjung yang hadir. Dr. Faiza adalah penulis bersama buku Sudah-Sudahlah Tertipu/ Menipu/ Ditipu. Selain beliau, Dr. Khairul Hafidz, penulis buku Pena & Picagari juga menjadi panelis bersama untuk mengupas topik, Mitos-Mitos Perubatan.

mabopa

Dr. Khairul dalam program itu semalam juga berkata, jangan mudah-mudah kita percaya kepada mitos-mitos yang ada sekarang. Contohnya mitos bahawa mandi malam akan memberikan penyakit paru-paru berair. Mitos ini salah sama sekali - kata beliau.

Tambah beliau, mitos ini direka oleh orang-orang tua dahulu untuk mengelak anak dara keluar dari rumah dan pergi ke tandas yang berada jauh dari rumah untuk mandi. Mitos ini duhulunya direka untuk kebaikan anak dara perempuan, tetapi kini disebarkan tanpa konteks yang asal. Jadi apa-apa sahaja informasi kita kena selidik dahulu sumbernya.

buuku

Klik di sini untuk membeli dua buah buku ini

Dr. Khairul adalah pengasas MedTweetMy. Sebuah Ngo yang mengumpulkan doktor-doktor dari pelbagai bidang untuk menyampaikan informasi. Mereka banyak menulis di twitter untuk menarik anak muda supaya meninggalkan budaya share tanpa sumber yang benar. Anda boleh follow mereka dan bertanya secara langsung apa sahaja mengenai dunia perubatan.

Manakala, Dr. Faiza adalah sebahagian dari ahli tim Root of Science yang juga merupakan sebuah kumpulan doktor yang merasa tanggungjawab untuk memberi kefahaman secara langsung kepada masyrakat menerusi facebook page yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024