Artikel

Seronoknya Cuti Bersama PTS dan MPH 2011

oleh Roziyah pada 15 Nov 2011

Bagi menambahkan kemeriahan cuti sekolah yang akan menemui kita beberapa minggu sahaja lagi, PTS membawakan program Seronoknya Cuti Bersama PTS dan MPH 2011.

PTS dengan kerjasama MPH membawakan pertandingan dengan hadiah yang menarik dan mengujakan pembaca buku PTS.

Melalui peraduan Seronoknya Cuti Bersama PTS ini menawarkan hadiah menarik. Antara hadiah yang ditawarkan adalah pakej percutian 3 hari 2 malam di Universal Studio, Singapura untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak, Sony Handycam, Buku PTS sehingga RM500 dan Voucher MPH sehingga RM100.

Pemenang boleh mendapatkan hadiah menarik ini dengan menyertai peraduan mudah yang disediakan oleh PTS dan MPH.

Caranya mudah. Pembaca buku PTS hanya perlu membeli buku terbitan PTS bernilai RM30 ke atas bagi melayakkan mereka mendapatkan borang peraduan.

Kempen yang julung kalinya diadakan bersama MPH ini bermula dari 1 November 2011 hingga 31 Disember 2011. Cawangan MPH yang terlibat dengan peraduan ini termasuklah MPH Mid Valley, One Utama, Subang Parade, Sunway Piramid, Taman Maluri, Bukit Raja, The Curve, Alpha Angle, Alamanda Putrajaya, SACC Mall, Johor Bahru City Square, Jusco Seremban, The Spring, Taman Universiti, Giant Senawang, Mydin MiTC dan Mahkota Parade.

Jangan ketinggalan menyertai peraduan dengan hadiah yang mengujakan ini khas buat tuan dan puan seisi keluarga sempena cuti sekolah ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024