Artikel

Siri JIMI Kembali dengan Misi yang Baru: Diari Conteng Jimi Misi Basikal Mimi

oleh Siti Zulaikha Zaherman pada 06 Aug 2015

“Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”, peribahasa yang menunjukkan jika kita membuat simpanan dengan jumlah yang sedikit pada awalnya, lama-lama ia akan menjadi banyak.

Kalau sebelum ini Fadhli Hamdan si ‘Penconteng’ telah menghasilkan siri JIMI dan membuahkan beberapa hasil berjudul Buku Conteng Jimi.

Dalam siri JIMI edisi baru kali ini ia berjudul Diari Conteng Jimi: Misi Basikal Mimi.

Oleh kerana terlalu rasa bersalah kerana kecuaian yang membuatkan basikal kesayangan kembarnya Mimi hilang, Jimi telah mendapat satu idea untuk menggantikannya semula.

Apakah kaitan peribahasa “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit” dengan edisi kali ini? Apakah usaha Jimi untuk menggantikan basikal Mimi? Adakah Mimi akan mendapat basikal yang baru?

Hah, sudah pasti adik-adik pembaca tertanya-tanya apa yang selanjutnya bukan? Apa tunggu lagi! Dapatkanlah siri baru JIMI sekarang! Lebih-lebih lagi adik-adik pembaca yang sudah lama mengikuti siri JIMI ini!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024