Artikel

Solat Orang Yang Berkahwin Lebih Baik Adalah Hadis Palsu

oleh Asri Yussof pada 25 Oct 2018

Kita pernah dengan orang-orang tua yang selalu berpesan, kita akan sempurna apabila kita berkahwin. Atau “Berkahwinlah, nanti solat tu jadi lebih baik”. Benarkah kenyataan ini?

“Solat dua rakaat orang yang sudah berkahwin, lebih baik sebanyak 70 rakaat daripada orang bujang.”

Hadis ini sering disebarkan dalam ceramah-ceramah ustaz di surau-surau. Tentu saja kita pernah mendengarnya. Tetapi tahukah anda, hadis ini dikategorikan sebagai hadis palsu. Abdul Razak Muthalib, dalam bukunya 40 Hadis Palsu dan Lemah Popular juga menyatakan hal yang sana- ini adalah hadis palsu.

Memetik dari buku 40 Hadis Palsu dan Lemah Popular, dalam sanad hadis ini terdapat pelapor yang bernama Majasyi’ bin Amru. Menurut Ibn Ma’in, dia adalah seorang daripada pendusta. Ibn Hibban pula berkata: “Dia adalah seorang yang memalsukan hadis.” pendapat para sarjana tentang hadis ini dinyatakan oleh Ibn `Arraq al-Kanani dalam bukunya Tanzih al-Syariah.

Apa hukum kita beramal dengan hadis ini palsu?

Majoriti para sarjana hadis membolehkan untuk menyampaikan atau menyebut hadis daif tanpa dinyatakan bahawa hadis itu adalah daif (lemah), kecuali hadis maudhu’ (palsu). Tetapi dengan syarat hadis tersebut tidak berkaitan dengan perkara akidah, atau hukum halal dan haram, atau hukum-hukum syariat yang lain.

Dibolehkan menyebut hadis daif yang berkaitan dengan perkara targhib dan tarhib (galakan supaya melakukan sesuatu amalan kebaikan dan amaran supaya meninggalkan sesuatu kejahatan), bab fadha’il (kelebihan-elebihan amalan), isah-kisah dan yang sebagainya.

Bercakap mengenai perkahwinan, jika seorang lelaki telah cukup syarat-syaratnya dan mampu untuk mendirikan rumah tanggan, ia sememangnya digalakkan oleh Islam. Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang direkodkan oleh an-Nasaie,

“Berkahwinlah kalian dengan wanita yang berpotensi mempunyai banyak anak dan memiliki kasih sayang erana sesungguhnya aku bangga dengan jumlah kalian yang banya melebihi umat yang lain.”

Lagi hadis tentang suruhan berkahwin, direkodkan oleh Bukhari dan Muslim,

“Wahai sekalian pemuda, siapa antara kalian yang berkemampuan hendaklah segera berkahwin. Ini kerana ia boleh menjaga pandangan dan memelihara kemaluan. Siapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah dia bepruasa kerana sesungguhnya puasa itu sebagai perisai.”

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024