Artikel

Tanpa Modal Besar, Semua Orang Boleh Berniaga Dengan Mudah.My

oleh `Ismah Maisarah AMY pada 24 May 2016

Ingin dompet anda setebal kamus? Mahu buat duit dengan cara yang mudah? Siri buku buat duit kini kembali dengan judul baru, Buat Duit Dengan Mudah.my.

Laman sesawang ini sudah semestinya dikenali oleh para penggemar belian produk atas talian dan menjadi tumpuan para peniaga atas talian.

Sehubungan dengan itu, penulis buku ini berkongsi panduan yang betul bagi menjalankan perniagaan dalam laman sesawang mudah.my berdasarkan pengalaman beliau.

Buku ini juga dapat membantu peniaga yang baru menceburkan diri dalam perniagaan atas talian. Ini kerana, penerangan yang jelas step by step yang dikongsi penulis untuk kita mahir menggunakan laman mudah.my.

Berdasarkan pengalaman beliau, antara kelebihan berniaga dengan mudah.my, kita tidak perlu membina laman sesawang, tidak perlu membeli nama domain, tidak perlu sediakan hosting, tidak perlu mencari pelawat, dan yang paling menarik tidak memerlukan modal yang banyak.

Buku ini turut menjawab persoalan-persoalan lazim bagi menjalankan perniagaan ini seperti potensi mudah.my untuk bisnes, tajuk, dan kandungan iklan yang mampu untuk menarik pelawat Internet, memberikan khidmat pelanggan yang cemerlang, bagaimana gambar mampu menjual dengan sendiri, menjana untung lebih, dan produk ataupun servis yang boleh dibuat duit.

Semoga perkongsian daripada penulis ini dapat menyelesaikan permasalahan kewangan anda. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan siri buku Buat Duit dengan Mudah.my di kedai-kedai buku berdekatan ataupun secara atas talian di bookcafe.com.my.


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024