Artikel

Telatah Pelajar Superstar: Hero VS KL Gengstar

oleh Rashiela Nurain pada 30 Sep 2013

Boboi, salah seorang ahli asal geram apabila bekas ketua mereka, Daniel sudah insaf selepas ‘didakwah’ oleh Gadis Bintang.

Boboi menukar namanya menjadi Boboibos dan melantik dirinya menjadi ketua kumpulan nakal baru iaitu KL Gengstar.

Dia memberi tawaran kepada Daniel supaya menyertai kumpulan baru itu.

Namun pelawaan itu ditolak mentah-mentah oleh Daniel kerana dia sudah dilantik menjadi Pengawas Percubaan Sekolah Sri Bangsar.

Boboibos sakit hati lalu mengumpul ahli-ahli baru iaitu si badan besar Ali Kutty yang sukakan warna merah jambu, Maruto Saripudin yang bersilat gayung ala-ala Naruto dan kembar comel Upil dan Ipil yang suka merampas paha ayam goreng di kantin sekolah. 

Dapatkah Daniel dan skuad Hero Sri Bangsar ‘berdakwah’ pula kepada ahli KL Gengstar supaya kembali ke pangkal jalan?

Dapat kisah penuh daripada novel yang penuh dengan aksi lasak mencuit hati ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024