Artikel

Teman Sejati: Me and My Perfect Robot

oleh Nurul Aqilah Hairulsam pada 29 Apr 2015

Robot sering kali sahaja dikaitkan dengan kaum lelaki bukan? Adakah kaum perempuan juga meminati perkara-perkara yang berkaitan dengan robot? Jawapannya ya, jikalau adik-adik membaca buku ini.

Lisa, seorang remaja yang seringkali di ‘cap’ sebagai seorang tomboy kerana perwatakannya yang kasar dan selamba kerana tidak mengambil peduli akan kata-kata buruk yang dilemparkan oleh rakan-rakan di sekolah.

Adik Izaah Azyyati berjaya melahirkan watak Lisa dengan unik kerana minatnya terhadap robotik yang jarang sekali dimiliki oleh remaja perempuan lain.

Tambah menarik lagi, terdapat beberapa konflik yang diselitkan seperti pendapat tidak ‘sebulu’ di antara Lisa dan ketua kumpulan The Barbies, Mia dan rakan-rakan yang lain.

Selain itu, Lisa juga terikat dengan konflik bersama keluarganya di mana kedua ibu bapa Lisa yang terlalu mengawal pergerakan Lisa.

Para pembaca juga pasti teruja untuk mengikuti perjalanan Lisa dalam mencipta robot idamannya yang diberi nama FR, untuk bertanding dalam sebuah pertandingan mencipta robot di sekolah.

Apakah cabaran yang ditempuhi oleh Lisa sepanjang persiapan untuk pertandingan tersebut?

Bolehkah Lisa yakinkan kedua-dua ibu-bapa terhadap minatnya yang sangat mendalam tentang robot?

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku Me and My Perfect Robot hanya dengan harga RM13.00 di pasaran!


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024