Artikel

Terapi Kata-kata Semangat: #UZAR Koleksi Status Facebook Terbaik

oleh Noor Hidaya Arshad pada 26 Mar 2015

Teknologi semakin pesat membangun seiring dengan kehendak manusia yang mahukan semuanya mudah. Mahu mudah untuk kebaikan atau keburukan. Kita sendiri yang pilih. Penggunaan Facebook tidak terkecuali.

Membaca naskhah yang menggabungkan status-status Facebook penulis menjadikan hati tersentak dan minda terpanah dek kandungannya yang penuh ilmu dan manfaat. Pesanan mengenai keseimbangan kehidupan dunia dan akhirat dihidangkan dengan susun atur grafik yang menarik dan mudah dibaca.

Begitu menangkapnya lembaran ini kerana ia berlandaskan  Al-Quran dan hadith-hadith sahih, yang bukan kelancaran akal semata-mata. Disampaikan dengan cara yang santai tetapi fokusnya tetap jitu.

Para penggemar ilmu atau sesiapa yang menginginkan kehidupan lebih bersyariat amat digalakkan memiliki buku ini.

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024