Artikel

Tip Pemakaian Musim Sejuk di Luar Negara - I’m A Backpacker

oleh Abdullah pada 18 Dec 2017

1. Winter Jacket

winter jacket

Pastikan ketebalan yang cukup dan kalit air

2. Bubble Jacket

buble jacket

Lebih ringan, namun perlukan lapisan pakaian bahagian dalam yang sesuai

3. Long John

long john

Sangat perlu. Sekiranya rasa mahal, boleh gantikan dengan seluar yang ketat seperti ‘tight’ dan baju atau tshirt lengan panjang yang sendat

4. Seluar/ skirt

Seeloknya pakailah jeans kerana ia tebal dan lasak. Sekiranya memakai skirt atau jubah, maka perlu pakai jeans di bahagian dalam.

5. Stoking

Wajib pakai. Seeloknya stokin yang diperbuat daripada bulu binatang (wool) kerana lebih sedap dan selesa. Sekiranya jenis kapas (cotton), ia tidak cukup tebal.

6. Winter Boot

winter boot

Wajib juga. Jangan pakai sneakers atau kasaut daripada jenis kain yang mudah meresapi air. Sekiranya air masuk, kaki akan sejuk dan kebas.

7. Sarung tangan

gloves

Sebolehnya cari sarung tangan bertutup penuh daripada jenis kulit ataupun kalis air. Sekiranya daripada jenis kain yang nipis, jari kita akan mudah sejuk dan kebas.

8. Skaf/ Muffler

muffler

Penting bagi menutup kawasan leher dan dada. Memang sangat selesa ketika memakainya kerana kulit leher yang nipis, mudah sejuk sekiranya tidak ditutup.

9. Topi/ Snow cap

snow cap

Bagi yang kurang rambut, digalakkan memakai topi atau snow cap. Namun snow cap lebih praktikal kerana ia boleh ditarik ke bawah bagi menutup telinga.

10. Earmuffs

earmuffs

Sekiranya tidak mahu rasa ‘hilang telingan’ akibat kebas. Kena pakai ear muff. Untuk yang sudah pakai snowcap, tidak perlu lagi memakai ini. Boleh juga pakai headphones bagi menggantikan ear muff, dapat juga layan muzik.

11. Losyen

Penting bagi mengelakkan kulit kering, merekah dan gatal-gatal

12. Lip balm

Sangat penting bagi mengelakkan bibir basah, merekah dan pecah yang boleh membawa pedih. Orang lelaki pun perlu pakai juga. Jangan main-main.

Sumber: Dipetik dari buku I’m A Backpacker Germany tulisan Khairul Abdullah

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024