Artikel

Turki Dalam Lipatan Sejarah

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 19 Jul 2016

Turki tidak pernah luput dari sisi pandang mereka yang menyokong mahupun menentang corak kepemimpinan berteraskan Islam. Cubaan merampas tampuk kepemimpinan melalui ketenteraan beberapa hari lalu - yang akhirnya gagal, menggambarkan masih ada tangan-tangan yang masih tidak mempercayai kepimpinan Erdogan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa perkara ini berlaku. Jika kita menyoroti dalam lipatan sejarah, Turki yang terkenal dengan gagah perkasanya dalam mempertahankan kedaulatan Islam. Saat itu, negara Islam ini berada di bawah empayar Ottoman.

Baca lagi: Sultan Abdul Hamid- Sultan Terakhir Uthmaniyyah

Kejayaan terbesar dalam sejarah Ottoman adalah penaklukan keatas Konstantinopel (sekarang Istanbul) pada abad ke-15 (1453) oleh seorang pemuda yang berusia 21 tahun ketika itu, bernama Sultan Muhammad Al-Fateh.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah antara tahun 1914 hingga 1918 adalah disebabkan kalah perang. Ketika itulah muncul wira yang digelar Salahuddin Al-Ayyubi kedua, Mustafa Kamal Ataturk. Bagaimanapun, sedikit demi sedikit belang beliau sebagai penegak agen Yahudi semakin menyerlah.

Baca lagi: Mustafa Kamal Atarturk- Penegak Agenda Yahudi

Beliaulah yang bertanggungjawab mengakhiri empayar Turki Uthmaniyah. Beliau juga yang menjadikan Turki sebuah negara ‘sekular Kemalism’, dan menjadikan budaya Islam sebagai budaya yang tidak boleh diterima pakai untuk Republik Turki yang moden.

Baca lagi: Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Yang Disembunyikan

92 tahun sistem khalifah terkubur, kini Turki seakan bangkit dari lena. Sejak Erdogan menjadi Perdana Menteri sehingga ke kerusi Presiden hari ini dilihat cuba mengembalikan semula kegemilangan Ottoman.

Pembaharuan yang dibawa beliau termasuklah penghapusan larangan memakai hijab, pembangunan masjid, memperkenalkan perbankan Islam, menawarkan sekolah aliran agama Islam dan juga Turkish Airline.

Yang membimbangkan hari ini, selepas ekonomi dan sistem pemerintahan Turki kembali stabil sehingga menyamai negara kuasa-kuasa besar dunia, peristiwa berdarah kembali mewarnai bumi Turki.

Oleh sebab itu, bagaimanapun keadaan Kerajaan Turki dahulu sehingga sekarang, dalam sejarah panjang Byzantine ke Ottoman, mereka begitu harmoni dalam beragama dan berinteraksi dengan budaya. Inilah sebab utama Turki menjadi pilihan pejalan dari segenap penjuru dunia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024