Artikel

Uniform Baru PTS - Terang Menyala

oleh Helmi pada 26 May 2010

Uniform baruSemangat memandaikan bangsa terus menyala-nyala apabila seluruh warga kerja PTS mendapat uniform baru. Gabungan warna merah terang dan hitam menyerlahkan lagi imej korporat PTS.

 

Uniform baru ini menanda aras bahawa setiap warga kerja lebih teruja memberi khidmat. Bersama usia sedekad PTS dalam industri penerbitan buku, mereka mengorak langkah ke arah mempelbagaikan media penerbitan.

 

Mereka kini lebih dikenali apabila memberi khidmat di kedai-kedai buku dan pelbagai acara penerbitan di seluruh negara. Bukan sahaja budaya kerja yang mantap, malah imej ceria, senyum dan penuh kasih sayang, menjadikan mereka mendapat perhatian ramai.

 

Lambang keunggulan sebuah syarikat yang berdaya saing ialah menonjolkan ciri-ciri kebersamaan dengan masyarakat.

 

PTS adalah sebuah syarikat penerbitan buku Bahasa Melayu yang menjadi tunjang baru untuk memandaikan bangsa.

 

Penampilan dan gaya baru ini, memberi tenaga baru kepada mereka. “Saya rasa lebih yakin dengan uniform merah terang ini.” kata Tuan Azmi Mamat, Eksekutif Pemasaran PTS. baju korporat wanita

 

Lain pula pandangan daripada warga kerja wanita, “Baju korporat baru ini, buat saya kelihatan lebih anggun dan profesional.” kata Cikpuan Nurdianah Abdul Kader, Eksekutif Bookcafe PTS.

 

Walau apapun pandangan yang berbeza, semangat dan azam baru sudah tersemat di dalam hati. Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja PTS. Semoga usaha dan kesungguhan mereka dapat memartabatkan ilmu untuk semua. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2021