Artikel

UPSR Anak Saya Tak Dapat ‘A’, “Alhamdulillah Tahniah Kakak”

oleh Mohd Zulkifli Shafie pada 17 Nov 2016

Pergi ambil result UPSR anak tadi, tengok result, tak ada satu pun dapat A. Saya ucapkan kepada Aisyah (anak sulong) saya,

“Alhamdulillah. Tahniah Aisyah. Tak apa, usaha lagi. Malam ni Papa Mama belanja kek kesukaaan Aisyah!”.

Saya lihat kawan-kawan dia kebanyakkan air muka tak ceria. Daripada 300 pelajar darjah 6, hanya seorang yang dapat 6A.

Aisyah pula, tak ada satu pun dapat A. Walaupun kami selalu beritahu dia, Papa Mama tak kisah Aisyah dapat berapa A, tetapi suasana di sekolah tadi membuatkan dia turut sama sugul bersama kawan-kawannya.

sad

Kami tak kisah sebenarnya, “A” bagi kami suami isteri hanyalah bonus. Kami ada better plan untuk anak-anak.

Dari sudut kerjaya masa depan, kami mahu mencorakkan mereka menjadi Business Owner. Mereka bukan cari kerja, tetapi sediakan peluang pekerjaan kepada orang lain.

Untuk jadi Business Owner, dia perlu berfikir berbeza dari orang lain. Biar dia dapat B dan C, biar dia jatuh, biar dia buat silap.

why A student

Buku Why A Students Work For C Students, karya Robert T. Kiyosaki

MENARIK: Kepentingan Pendidikan Kewangan Dalam Kehidupan Awal Kanak-Kanak

Klik di sini untuk mendapatkan buku ini

MENARIK: Jangan Hantar Anak Anda Ke Sekolah Semata-mata Ambil Exam Jika Mahu Anak Anda Berjaya

Tetapi kami guide dan bentuk cara dia berfikir yang betul atas setiap pengalaman yang dia lalui hari ini supaya dia menjadi WINNER pada masa depan.

Hidup ini ada jatuh bangunnya. Saya sendiri banyak kali jatuh. Saya sendiri banyak buat silap. Saya sendiri pernah dapat kedudukan terakhir dalam kelas! Tetapi itulah kehidupan.

a2

Semua jatuh bangun dalam hidup itu akan membuatkan kita jadi lebih baik. InsyaAllah.

Tak apa Aisyah, kekalkan akhlak yang baik, jaga hubungan dengan Tuhan, Papa dan Mama percaya Aisyah jadi orang yang berjaya pada masa depan, insyaAllah.

*Nota Editor: Tulisan ini dikongsikan oleh penulis di facebook beliau, Mohd Zulkifli Shafie

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024