Artikel

Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz Lancar Buku Baru- Kerana Dakwah Bukan Hanya Kata-Kata

oleh Asri Yussof pada 15 Aug 2018

Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz yang popular selepas mengumumkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka mewakili Pakatan Harapan pada mei lalu kini menulis buku bersama PTS.

Buku yang bertajuk Kerana Dakwah Bukan Hanya Kata-kata adalah nukilan hasil dari ilmu, pengalaman dan pengamatan beliau kepada senario dakwah dalam kehidupan kita bermasyarakat di Malaysia.

nik omar nik abdul aziz

Kata beliau, “Begitu banyak individu dan kumpulan yang komited kepada usaha dakwah dalam pelbagai jalur dan wadah. Masing-masing berusaha atas kapasiti dan keupayaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada mereka bagi membawa mesej rahmatan lil Alamin.”

Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz merupakan anak bekas Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Datin Hajjah Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak. Berusia 54 tahun, beliau merupakan anak kedua dari 10 orang adik-beradik.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024