Artikel

Wajdi Membuktikan Kurang Kasih Sayang Ibu Bapa Tidak Bermakna Menjadi Budak Jahat

oleh Wan Nor Ashikin pada 04 Oct 2017

Seringkali kita disajikan dengan cerita yang tidak enak untuk ditonton dan didengari berkaitan remaja sekolah. Ada dalam kalangan mereka yang seakan menjadi hero tidak diundang. Ini tidak ditujukan kepada semua remaja, tetapi kebanyakan daripada mereka sememangnya telah terlibat dalam anasir yang tidak sihat ini.

Apa yang lebih mengejutkan, ada dalam kalangan pelajar yang masih di bawah umur 12 tahun sudah terlibat dengan salah laku seperti ponteng sekolah, tidak menghormati guru, dan lebih mengecewakan, mereka juga pembuli.

Antara punca berlakunya kes sebegini adalah masalah institusi keluarga. Ibu bapa berperanan penting sebagai pembentuk dalam mencorakkan keperibadian dan sahsiah anak-anak mereka.

Mereka mungkin tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya akibat kesibukan ibu bapa sendiri, dan kelalaian dalam membantu anak-anak menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Penceritaan yang sama berlaku di dalam naskhah terbaru daripada Tim Misi pada kali ini. Buku bertajuk “Misi Budak Tahfiz” menceritakan tentang Muhammad Iqbal Wajdi, pelajar tingkatan 1, seorang pelajar cemerlang yang berbudi pekerti, suka berkawan, dan rajin membantu rakan-rakannya. Namun, terdapat satu kekurangan yang pasti tidak ada dalam diri Wajdi, iaitu kasih sayang ibu dan bapa.

Misi Budak Tahfiz

Buku ini memberikan jalan cerita menarik tentang perjalanan Wajdi untuk mengubah dirinya menjadi seorang pelajar Tahfiz yang bukan sahaja cemerlang di dunia, malah membawa bekalan untuk akhirat kelak.

Jalan yang dipilih oleh Wajdi sangat berliku. Namun, bagi menunaikan hasratnya untuk menjadi seorang anak yang soleh buat kedua ibu bapanya, dia sanggup melakukan apa sahaja tugasan yang diberikan.

MENARIK: Pertanyaan Seorang Budak “Ibu Kenapa Nama Saya Hafiz?”

Buku ini sememangnya sarat dengan pengajaran yang dapat dicontohi. Antaranya, jangan cepat berputus asa demi mencapai kejayaan dan kita tidak boleh mudah terpengaruh dengan hasutan yang boleh memudaratkan diri kita sendiri. Selain itu, gaya penceritaan yang santai memudahkan para pembaca memahami jalan cerita ini.

KLIK DI SINI Untuk mendapatkan buku komik Misi Budak Tahfiz ini

Begitu kental semangat yang diperoleh. Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi kepada para pembaca dalam melahirkan seorang anak yang berbudi pekerti, soleh dan solehah selain menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024