Buku

101 Khutbah Rasulullah (Edisi Kemas Kini)

oleh Rohidzir Rais

RM 0.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 9789674818661

Tarikh Terbit: 30 Nov 2022

Muhammad bin Abdullah adalah manusia biasa yang diberikan tanggungjawab luar biasa. Sebagai perantara atau rasul di antara Tuhan kepada hamba-hambanya, Rasulullah S.A.W. perlu menyampaikan semua peringatan, pesanan dan arahan Allah kepada umatnya. Justeru, sudah tentu Rasulullah S.A.W. perlu melibatkan diri di tengah masyarakat dan menunjukkan teladan yang baik kepada mereka.

Tidak hanya mengendalikan urusan langit dan agama, Rasulullah S.A.W. mengatur urusan kenegaraan,menyiapkan ketenteraan bagi menghadapi musuh, menyelesaikan kemelut dan konflik dalam negara, malah mendamaikan sengketa keluarga. Prihatin dengan permasalahan umatnya, Rasulullah tidak hanya berkhutbah di atas mimbar di majlis rasmi seperti pemimpin lain. Beliau menyampaikan pesanan dan teguran di medan peperangan, di pasar, di kebun, di tepi jalan, malah ketika berada di atas belakang unta.

Sewajarnya kita mencemburui para sahabat yang berpeluang mendengar nasihat dan kata-kata indah daripada Rasulullah. Ibarat titisan embun yang menyegarkan jiwa, membangkitkan rohani. Besarnya impak kata-kata Rasulullah dapat dilihat pada emosi sahabat yang terusik hingga menitiskan air mata, merintih kekesalan. Malah musuh yang mahu membunuhnya juga terkesima hingga melepaskan pedangnya.

Alangkah indahnya jika ucapan dan pidato Rasul mulia ini dapat kita tatap kembali bagi mengisi rongga hati kita yang lompong. Justeru, buku ini disusun dengan menghimpunkan pidato, syarahan dan teguran Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Bagi memudahkan pembaca umum, buku ini disusun mengikut bab tertentu, seperti akidah, akhirat, kematian, syurga dan neraka, pemimpin dan kepimpinan serta wasiat yang ditujukan khusus kepada sahabat-sahabat tertentu.

Walau pun tidak mendengar dari lidah suci Rasulullah sendiri, sekurang kurangnya pembaca dapat memanfaatkan inti sari khutbahnya dalam kehidupan seharian.

KANDUNGAN

PENGANTAR

BAHAGIAN 1: KHUTBAH UTAMA RASULULLAH

Khutbah 1 :Khutbah Pertama Di Makkah

Khutbah 2: Khutbah Rasulullah Kepada Keluarga Terdekat

Khutbah 3: Peringatan Kepada Kaum Kerabat Tentang Kebinasaan Yang Besar

Khutbah 4: Khutbah Jumaat Pertama Rasulullah

Khutbah 5: Khutbah Rasulullah Menyambut Ramadhan

BAHAGIAN 2: PEMIMPIN DAN PIMPINAN

Khutbah 6: Menghormati Pemimpin

Khutbah 7: Patuh Kepada Pemimpin Yang Derhaka

Khutbah 8: Pemimpin Terpuji Dan Pemimpin Terkeji

Khutbah 9: Rasulullah Tidak Menolong Orang Yang Membantu Pemimpin Zalim

Khutbah 10: Jangan Jauhi Al-Quran Walau Pun Pemerintah Menjauhinya

Khutbah 11: Pemerintah Tidak Boleh Menghalang Rakyat Berjumpa Dengannya

Khutbah 12: Setiap Orang Adalah Pemimpin

Khutbah 13: Pemerintah Tidak Berhak Menghalalkan Yang Haram

Khutbah 14: Pengharaman Rasuah Dan Hadiah Kepada Hakim

Khutbah 15:Pemimpin Yang Menyesatkan

BAHAGIAN 3: KEMATIAN DAN KUBUR

Khutbah 16: Ketika Kematian Lebih Baik Daripada Hidup

Khutbah 17: Mengambil Iktibar Dari Kematian

Khutbah 18: Anjuran Mengingati Kematian Dan Kubur

Khutbah 19: Soalan Dan Seksaan Kubur

Khutbah 20: Keadaan Orang Beriman Dan Orang Tidak Beriman Ketika Meninggal Dunia

Khutbah 21: Khutbah Rasulullah Kepada Penghuni Kubur

Khutbah 22: Perumpamaan Dunia Dan Anak Adam Ketika Meninggal Dunia

Khutbah 23: Pelajaran Dari Kematian Bagi Orang Yang Masih Hidup

Khutbah 24: Perosak Nikmat Dunia Dengan Mengingati Mati

Khutbah 25: Amaran Malaikat Maut Dan Pesanan Roh Kepada Ahli Keluarganya

BAHAGIAN 4: TANDA-TANDA KIAMAT DAN AKHIRAT

Khutbah 26 :Tanda-Tanda Kiamat Kecil

Khutbah 27: Antara Tanda-Tanda Kiamat

Khutbah 28: Khutbah Rasulullah mengenai Dajjal

Khutbah 29: Dajjal Pasti Muncul

Khutbah 30: Dajjal, Nabi Isa, Yakjuj dan Makjuj

Khutbah 31: Dajjal dan Cubaannya

Khutbah 32: Dajjal Tidak Dapat Memasuki Empat Tempat

Khutbah 33: Syahid Paling Besar ialah Orang Mati Dibunuh Dajjal

Khutbah 34: Kedatangan Semula Nabi Isa ke Dunia

Khutbah 35: Kemunculan Al-Mahdi dan Sifat-Sifatnya

Khutbah 36: Ciri-Ciri Yakjuj dan Makjuj

Khutbah 37: Kejadian Menakutkan ketika Kiamat

BAHAGIAN 5 : SYURGA

Khutbah 38: Jangan Lupakan Syurga dan Neraka

Khutbah 39: Penghuni Syurga dan Neraka sudah Ditetapkan

Khutbah 40: Siapa Penghuni Syurga dan Siapakah Penghuni Neraka?

Khutbah 41: Neraka yang Begitu Dalam dan Syurga yang Begitu Luas

Khutbah 42: Sifat Syurga

Khutbah 43: Orang Terakhir yang Masuk Syurga

Khutbah 44: Nikmat Syurga

Khutbah 45: Rupa Orang Pertama Masuk Syurga

Khutbah 46: Orang Beriman Ditempatkan di Syurga

Khutbah 47: Tidak Ada Kematian dan Penyakit di Syurga

Khutbah 48: Jaminan ke Syurga

Khutbah 49: Amalan yang Menjamin Syurga

Khutbah 50:Amalan Menjamin Syurga

BAHAGIAN 6: NERAKA

Khutbah 51: Penghuni Syurga dan Penghuni Neraka

Khutbah 52: Sifat Neraka

Khutbah 53: Neraka Jahannam Mencari Penghuninya

Khutbah 54: Seksaan di Neraka Jahannam

Khutbah 55: Seksaan di Neraka Jahannam

Khutbah 56: Empat Perkara yang Menambah Seksa Penghuni Neraka

BAHAGIAN 7 : AKHIRAT

Khutbah 57: Utamakan Akhirat

Khutbah 58: Manusia Dikumpulkan dalam Keadaan Telanjang

Khutbah 59: Apa yang Allah Katakan pada Hari Kiamat?

Khutbah 60: Apa yang Ditanyakan kepada Hamba pada Hari Kiamat dan Kesaksian Umat Islam?

Khutbah 61: Allah Memilih Hamba-HambaNya pada Hari Kiamat

Khutbah 62: Keagungan Pertolongan Rasulullah

Khutbah 63: Syafaat Rasulullah dalam Penyegeraan Hisab bagi Umatnya

Khutbah 64: Orang yang Mengubah Agama Allah

Jadikan Matlamat Utama untuk ke Akhirat

BAHAGIAN 8 : WASIAT DAN PESANAN RASULULLAH

Khutbah 65: Wasiat Rasulullah kepada Muaz

Khutbah 66: Wasiat Rasulullah kepada Abud-Darda’

Khutbah 67: Wasiat Rasulullah kepada Seorang Lelaki

Khutbah 68: Wasiat Rasulullah kepada Abdullah bin Masud

Khutbah 69: Wasiat Rasulullah kepada Muaz

Khutbah 70: Nasihat Rasulullah kepada Abu Zarr

Khutbah 71: Wasiat Abu Bakar kepada Umar

Khutbah 72: Wasiat Qais bin Ashim kepada Anak-Anaknya

Khutbah 73: Nasihat Khidhir kepada Nabi Musa

Khutbah 74: Wasiat bagi Khalifah selepas Rasulullah

Khutbah 75: Jihad Wajib Bersama setiap Pemimpin

Khutbah 76: Wasiat Rasulullah bagi Abu Hurairah

Khutbah 77: Wasiat Rasulullah kepada Para Utusan Bani Uzd

Khutbah 78: Wasiat Nabi Nuh kepada Anaknya

BAHAGIAN 9 : JIHAD

Khutbah 79: Khutbah mengenai Jihad

Khutbah 80: Kehebatan Jihad

Khutbah 81: Kedudukan Orang berjihad

Khutbah 82: Jaminan Allah kepada Orang Berjihad

Khutbah 83: Empat Kategori Syuhada

Khutbah 84: Kedudukan Orang Syahid di sisi Allah

Khutbah 85: Kemuliaan Isteri-Isteri Para Mujahidin yang Ditinggalkan

Khutbah 86: Pesanan Rasulullah kepada Mujahidin

Khutbah 87: Tiada Pahala bagi Tentera Upahan

Khutbah 88: Perintah Mempersiapkan Senjata

Khutbah 89 : Kepentingan Kemahiran Mengendalikan Senjata

Khutbah 89 : Kenderaan yang dapat Menjadi Pahala dan Dosa

Khutbah 90 : Perang di Jalan Allah Penghapus Dosa

Khutbah 91 : Larangan Membunuh Musuh yang Mengaku Islam

Khutbah 92 : Orang Ansar Marah ketika Tidak Mendapatkan Bahagian daripada Harta Rampasan

Khutbah 93 : Orang yang Mati Syahid walau tidak ke Medan Perang

BAHAGIAN 10 : PANCAROBA DUNIA

Khutbah 94: Lima Musibah Yang Allah Timpakan Kepada Manusia Kerana Kederhakaan Kepada Allah

Khutbah 95: Jadilah Orang Asing Atau Musafir Dunia

Khutbah 96 : Waspada Terhadap Fitnah Dunia Dan Wanita

Khutbah 97: Pesona Dunia Menyilau Mata Manusia

Khutbah 98: Generasi Yang Paling Menakjubkan Keimanan Mereka

Khutbah 99: Seorang Mukmin Itu Seperti Pohon Tinggi Yang Sentiasa Diuji

Khutbah 100: Larangan Meminta Jawatan

Khutbah 101: Kerakusan Terhadap Dunia Yang Membinasakan

PENUTUP

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2022