3i: Islam, Iman dan Ihsan
oleh sakinah salleh


Versi Cetak

RM 13

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 15
Format:
Saiz:

Jumlah Muka Surat:

ISBN-13: 978-967-0142-01-2

Tarikh Terbit: 1 Apr 2011

PTS Publishing House


Versi eBook

Apakah yang ada dalam konteks 3i (Islam, Iman dan Ihsan)? Segelintir kita mengaku Islam sekadar mengungkap perkataan ‘Aku seorang Islam’. Cukupkah ungkapan sebegitu? Ada juga yang mengungkap ‘Saya menerima Islam sebagai agama.’ Cukupkah ungkapan sedemikian melayakkan kita menjadi seorang Islam yang sejati? Apakah jawapan kita kepada orang yang mengungkapkan perkataan sedemikian? Persoalannya, adakah cukup sekadar ungkapan ataupun pernyataan tanpa diikuti perbuatan?   Konsep Iman dalam 3i adalah kesinambungan konsep ihsan sebagai hamba kepada Tuhannya. Melalui persaksian ini, manusia mengambil amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan apa yang diperintah oleh-Nya dan apa yang dilarang oleh-Nya tanpa sikap lewa. Ihsan mampu menjadi penentu kepada kejayaan Iman dan Islam dalam konsep 3i apabila dilaksanakan oleh individu. Ini kerana ihsan adalah timbangan keikhlsan hati atas segala yang dikerjakan dan dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengharap keredaan-Nya.   Konteks 3i (Islam, Iman dan Ihsan) adalah tunjang dan platform yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai insan dan hamba kepada Pencipta, sesama manusia dan alam ini. Islam, Iman dan Ihsan menjadikan manusia mampu menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan seterusnya menghadapi percutian abadi bertemu Allah bersama persiapan yang rapi.

 

Kandungan v
Prakata vii
Pendahuluan xi
Islam, Iman dan Ihsan Kejayaan Hakiki 
dan Abadi 1
Memahami Konsep 3i - Iman, Islam, Ihsan 1
Apa Itu Islam? 2
Apa Itu Iman? 2
Apa Itu Ihsan? 3
3i: Kejayaan Hakiki dan Abadi 8
Mengejar Akhirat, Dunia Datang dengan Sendiri 14
Model 3i: Formula Kejayaan Hakiki dan Abadi 17
Konsep 3i dalam Kehidupan 18
Mengenal dan Mencari Kesempurnaan Diri 21
3i: Mengenal dan Mencari Kesempurnaan Diri 21
Mengenal Diri Melalui Pencipta 22
3i: Ke Arah Menggapai Kejayaan Hakiki dan Abadi 43
Teori-Teori Kejayaan   45
Kesempurnaan Hubungan 50
Pemangkin Kejayaan Hakiki   55
Matlamat Berpandukan Quran dan Sunah 59
Mencari Keredaan Allah 59
Mengatur Strategi dan Mencapai Impian 71
Mengendalikan Kegagalan dan Kejayaan 93
Ujian dan Cabaran Proses Kejayaan 93
Mengenal Erti Dugaan dan Musibah 94
Meletakkan Keyakinan Hanya Pada Allah 98
Allah Sebaik-Baik Tempat Meminta Pertolongan 100
Meniti Sirat untuk ke Syurga 103
Percutian Abadi 103
Persediaan Menghadapi Kematian 104
Menjadi Insan yang Berjaya 108
Menerima dan Melihat Sesuatu Secara Positif 113
Keimanan Adalah Kesedaran, Harapan dan Berserah Diri Kepada Allah 114
Cahaya Ilahi Penyuluh Kehidupan 117
Membentuk Keperibadian Unggul 119
Hijrah Diri Ke Arah Perubahan Sikap 122
Penerapan Sifat  Mahmudah 123
Jadilah Insan Kamil 124
Penutup 129
Biodata Penulis 131

 

Buku Berkaitan

Berita

3i: Islam, Iman dan Ihsan

Segelintir kita mengaku Islam sekadar mengungkap perkataan ‘Aku seorang Islam’. Cukupkah ungkapan sebegitu?Ada juga yang... Selanjutnya»

Tokoh-tokoh Wanita Sepanjang Zaman: 10 Tokoh Idola Muslimah (Edisi Kemas Kini)

Wanita sering dikaitkan dengan perkara-perkara yang lembut, cantik, dan lain-lain yang bersifat minimal. Peredaran zaman... Selanjutnya»


Errata