Buku

50 Misteri Menggemparkan Dunia

oleh Adrie Noor Al-Fatia

RM 45.00 / RM 48.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook

ISBN: 978-967-411-021-5

Muka Surat: 400

Saiz: 17.5x25

Tarikh Terbit: 22 Apr 2013

Kategori: Bukan Fiksyen

Dunia ini penuh misteri? Ya. Dunia ini penuh dengan misteri. Fenomena-fenomena alam, tapak, fosil, artifak, dan manuskrip kuno dapat membuatkan kita kagum dan mengundang perasaan tidak keruan.

Kita pasti tertanya-tanya, mengapa, dan bagaimana fenomena-fenomena ini berlaku. Apa sebenarnya dalam fikiran masyarakat, para cendekiawan, dan aristokrat pada masa itu. Segala peninggalan mereka seolah-olah meninggalkan pesanan dan jejak misteri kepada generasi berikutnya supaya dikaji dan dirungkai.

Berpandukan buku ini, penulis berkongsi pemikiran dan menambah sedikit sebanyak ilmu daripada beberapa sumber sudut pandang yang cukup berwibawa dan dapat dipertanggungjawabkan secara keilmuannya. Selain daripada itu, buku ini juga dapat menjadi bahan penambahan sudut pandang yang penulis ketahui dan fahami.

Buku 50 Misteri Menggemparkan Dunia ini turut dihidangkan dengan filem-filem, foto, dan gambar berwarna yang menakjubkan. Bagi memudahkan pembacaan, buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu:

Bahagian 1: Fenomena alam yang penuh misteri.

Bahagian 2: Tapak, artifak, dan fosil penuh misteri.

Bahagian 3: Kejadian luar biasa dalam kita suci dan bukti ilmiah kebenaran Al-Quran.

Pendahuluan

Bahagian 1: Fenomena Alam yang Penuh Misteri

Misteri 1. Fenomena Hujan
Misteri 2. Empat Matahari di China
Misteri 3. Sungai di Bawah Laut
Misteri 4. Pintu ‘Neraka’ Turkmenistan
Misteri 5. Mystery Spot
Misteri 6. Ayat-Ayat Al-Quran Tertulis pada Badan Bayi
Misteri 7. Bola Api Naga Nong Khai
Misteri 8. Awan Misteri di Langit Moscow
Misteri 9. Fenomena ‘Ice Circle’
Misteri 10. Lubang-Lubang Penuh Misteri
Misteri 11. Cahaya Hantu Marfa
Misteri 12. Gravity Hill
Misteri 13. Artifak-Artifak Alam yang Mengagumkan
Misteri 14. Adakah Alien Wujud?
Misteri 15. Batu Bergerak
Misteri 16. Sihir
Misteri 17. Black Hole (Lohong Hitam)
Misteri 18. Air Zamzam Beracun?
Misteri 19. Banjir Darah di Antartika
Misteri 20. Raksasa-Raksasa Kecil yang Menakjubkan
Misteri 21. Apakah Benar Naga Sekadar Mitos?
Misteri 22. Peri: Fakta ataupun Mitos?
Misteri 23. Manusia Berketurunan daripada Monyet?


Bahagian 2: Tapak, Artifak, dan Fosil Penuh Misteri

Misteri 24. Lima Mumia Semula Jadi yang Menakjubkan
Misteri 25. Misteri Ukiran Dinosaur di Kuil Ta Prhom Yang
Misteri 26. Ukiran Cetak Timbul Makhluk Asing di Kuil Mesir?
Misteri 27. Ukiran Helikopter, Kapal Terbang dan Kapal Selam di Kuil Osiris - Abydos
Misteri 28. OOPArts (Out Of Place Artifacts)
Misteri 29. UFO di Lukisan Kuno
Misteri 30. Raja-Raja Mesir Berketurunan Makhluk Asing (Alien)?
Misteri 31. Maria Magdalena ataupun John (Nabi Yahya)?
Misteri 32. Misteri Jenglot
Misteri 33. Lampu Elektrik Mesir Purba
Misteri 34. Bateri Purba Baghdad (Baghdad Ancient Battery)
Misteri 35. Skrol Laut Mati (The Dead Sea Scrolls)
Misteri 36. Merungkai Misteri Segitiga Bermuda
Misteri 37. Kain Kafan Jesus
Misteri 38. Fosil Nabi Nuh: Adakah Sudah Dijumpai?
Misteri 39. Tengkorak Kristal: Apakah ia Penipuan?
Misteri 40. Rahsia di Sebalik Simbol 666

Bahagian 3: Kejadian Luar Biasa dalam Kitab Suci dan Bukti Ilmiah Kebenaran Al-Quran

Misteri 41. Bahtera Nabi Nuh
Misteri 42. Laut Merah Terbelah Dua – Hijrah Nabi Musa
Misteri 43. Ashabul Kahfi
Misteri 44. Kelajuan Cahaya dalam Al-Quran
Misteri 45. Tanda-Tanda Kebesaran Allah Di Segenap Ufuk
Misteri 46. Haman: Fakta ataupun Mitos?
Misteri 47. Banjir pada Zaman Nabi Nuh
Misteri 48. Muhammad dalam Kitab Taurat dan Injil
Misteri 49. Kebenaran Al-Quran Mengikut Perspektif Sains
Misteri 50. Azab Allah Mengikut Perspektif Saintifik

Kesimpulan
Rujukan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024