Buku
50 Tip Motivasi Haji
ISBN: 978-967-366-069-8
Muka Surat: 216
Saiz:
Tarikh Terbit: 30 Apr 2011
Kategori: Bantu Diri, Motivasi & Inspirasi, Islam, Fekah, Gaya Hidup
Imprint: PTS Publishing House
ISBN: 978-967-366-069-8
Muka Surat: 216
Saiz:
Tarikh Terbit: 30 Apr 2011
Kategori: Bantu Diri, Motivasi & Inspirasi, Islam, Fekah, Gaya Hidup
Imprint: PTS Publishing House
“Ia bukan isu tandas tetapi bangunlah untuk berqiamullail. Bukankah itu tujuan sebenar kenapa ibadah haji mahu dilaksanakan?”
Kami tidak menyangka terdapat jemaah yang membantah.
“Bagaimana mahu solat malam di Mina, khemah penuh sesak, hendak berdiri pun tidak boleh?”
“Solat dan bermunajat di luar khemah”
“Angin gunung, sejuk. Saya tidak tahan”
“Pakailah Long John, termal atau solat, bermunajat dan berzikir di dalam khemah sambil duduk”
“Khemah sempit, tidak selesa”
Ya benar, secara umumnya ibadah haji tamat dengan tawaf wida’. Persoalannya, apakah motivasi dan inspirasi tersebut mesti terhenti setelah kembali ke tanahair?
Tip-tip yang dikemukakan kelihatan biasa tetapi dijadikan luar biasa oleh kedua-dua penulis dengan mengekalkan nilai-nilai santai dan bersahaja.
Apa kata mereka?
Kata Pengantar
Kesyukuran
Catatan Pengarang
Prolog Muhd Kamil Ibrahim
Prolog Roza Roslan
Tips 1 Terbuka hati dan minda
Tips 2 Bila hati terbuka
Tips 3 Terbaik
Tips 4 Kematian
Tips 5 Ia hanya sekali
Tips 6 Berubah
Tips 7 Berdoalah
Tips 8 Bertaubat
Tips 9 Memahami asas haji
Tips 10 Falsafah haji
Tips 11 Belajar istiqamah
Tips 12 Menduakan Allah
Tips 13 Mencari tenaga
Tips 14 Tuan Haji
Tips 15 Tiada siapa yang tertinggal
Tips 16 Dua kali ganda
Tips 17 Ajarlah mereka
Tips 18 Tidur masa Malaysia
Tips 19 Membuat pilihan
Tips 20 Mengatur jadual
Tips 21 Aku selamat
Tips 22 Cinta mendalam
Tips 23 Madinah
Tips 24 Tidak sihat
Tips 25 Jangan tipu Allah
Tips 26 Tandas
Tips 27 Takut pada ramai
Tips 28 Berpuasa tahap tinggi
Tips 29 Mengingati Allah
Tips 30 Cucu Tok Kenali
Tips 31 Menjaga hubungan
Tips 32 Berbuat baik
Tips 33 Uzur seorang wanita
Tips 34 Pakaian
Tips 35 Beg pakaian
Tips 36 Mata, telinga dan lidah
Tips 37 Doakan mereka
Tips 38 Rakan sebilik
Tips 39 Wuduk
Tips 40 Aurat
Tips 41 Menuntut ilmu
Tips 42 Shopping
Tips 43 Cenderamata istimewa
Tips 44 Berniaga
Tips 45 Katakan Tidak untuk lepak-lepak
Tips 46 Rokok
Tips 47 Rujukan
Tips 48 Manusia sibuk
Tips 49 Jangan terlalu ria
Tips 50 Ilmu yang bermanfaat
Monolog
Bacaan Terpilih
Muka surat: 0
TIP 46: JAUHI ROKOK
“Ramai manusia merokok. Di Malaysia, harga rokok sentiasa meningkat hampir setiap kali bajet kerajaan dibentangkan. Namun, ia tidak menghalang mereka yang merokok meneruskan kegiatan merokok. Ramai yang cuba berhenti kerana harga rokok naik tetapi kebiasaannya tidak bertahan lama. Ramai juga yang cuba berhenti kerana leteran isteri, juga tidak mampu meneruskannya. Akhirnya berhenti sekejap kemudian kembali menjadi seorang perokok. Ia berulang-ulang.
Saya juga bekas perokok. Dulu-dulu, saya mulai hari dengan menyedut Lucky Strike tanpa penapis. Pall Mall, Malboro, Dunhill, Salem dan Camel adalah jenama rokok yang pernah saya sedut. Perokok tegar hampir 20 tahun. Saya benar-benar memahami betapa sukarnya membuang tabiat merokok. Dalam tempoh 20 tahun menjadi perokok, tidak kurang daripada lima kali saya cuba membuang tabiat tersebut. Ramai memberi petua, “Mulai pada bulan Ramadan, Insya Allah akan berjaya.” Ada juga yang menasihatkan, “Berhentilah secara beransur-ansur, lama kelamaan ia boleh
dihapuskan.” Saya tidak berjaya. Paling lama bertahan hanya sebulan.
Seolah-olah saya tidak mempunyai kekuatan. Malah saya membiarkan diri tanpa berusaha melawan keinginan merokok terutamanya apabila berada bersama sahabat handai yang juga kaki merokok.
Akhirnya, saya berhenti merokok enam bulan sebelum berlepas ke tanah suci. Bagaimana? Hati saya terdetik berhenti merokok apabila mendapat e-mel daripada adik sendiri,
“Abang, tahniah kerana dapat menunaikan fardu haji. Bagi mendapatkan haji yang mabrur, perkara wajib jangan ditinggal, yang sunat diperbanyakkan, perkara makruh jangan dibuat dan perkara haram hendaklah ditinggal.”
Kenyataan ringkas tetapi membuat saya berfikir. Lalu saya memilih “berhenti merokok” sebagai lambang meninggalkan perkara yang makruh. Ia tanda saya bersungguh-sungguh mahu menjadikan ibadat haji sebagai mengubah sempadan iman. Maksudnya, saya berjanji kepada Allah untuk tidak merokok lagi bukan atas sebab-sebab yang lain.
“Ya Allah, inilah janjiku kepadamu. Inilah tanda aku ingin berubah, ya Allah. Aku berhenti merokok ini semata-mata keranamu, ya Allah. Ya Allah, kau bantulah daku. Berikanlah kekuatan kepada ku.” Jika saya merenung diri, meneliti kembali proses menunaikan fardu haji yang saya alami, saya fikir ia banyak mengubah perjalanan kehidupan. Allah benar-benar memberi bantuan.
Alhamdulillah, sehingga kini janji itu masih dibantu Allah!
Menunai fardu haji bukan semata-mata melibatkan perhubungan manusia dengan Allah. Ia juga melibatkan perhubungan dengan alam, haiwan dan yang paling utama sesama manusia.
Bayangkan suasana Makkah yang padat dengan kebanjiran manusia pada musim haji. Bayangkan pula suasana bilik di hotel yang padat dengan rakan sebilik. Majoriti jemaah Malaysia berhadapan dengan bilik yang sepatutnya memuatkan dua orang tetapi menjadi enam ataupun tujuh orang.
Kaki bertemu kaki. Kadangkala kepala bertemu kepala.
Bayangkan juga bagaimana bilik kita dipenuhi dengan mereka yang tua, berpenyakit dan memerlukan penafasan segar. Buat perokok, pertimbangkanlah keadaan yang saya catatkan di sini.
Jaga perhubungan sesama manusia. Usah merokok di bilik. Elakkan daripada campak puting rokok di dalam bilik air. Habuk-habuk jangan dijentik merata-rata.
Atau bagaimana jika kita berhenti merokok sejurus menjejakkan kaki di Kota Makkah ataupun Madinah. Ia mungkin menjadi kenangan yang kekal selamanya!
Rokok haram di Makkah. Walau bagaimanapun, ia mudah dicari ibarat membeli jubah atau abaya. Malah orang merokok tanpa segan silu. Langsung tidak memikirkan sekeliling mereka. Jika rokok makruh di Malaysia, haram di Makkah, dan ia memudarat dan menyusahkan ramai orang. Agak-agaknya, bagaimana nilai haji kita jika masih menghembuskan asap ke udara.
Tip kami, perubahan yang ingin dilakukan kerana Allah, tentunya dibantu oleh Allah yang maha berkuasa. Kekuatan melakukan perubahan hanya dapat dilakukan dengan kemahuan jitu yang diberi pertolongan olehnya.
Berdoalah dengan sesungguh doa.
Berhenti merokok boleh menjadi simbol utama yang kita serius ingin berubah!