Apabila berbicara tentang diet, perkataan pertama yang terbayang dalam pemikiran biasanya adalah kurus. Ada juga
yang memahami maksud diet adalah sihat, bukan sekadar kurus. Hakikatnya, kedua-duanya adalah benar dan tepat. Bagi yang
berbadan besar, mereka mahu diet untuk kurus, manakala bagi yang sudah kurus, mereka diet untuk sihat.
Maksud diet itu sendiri ialah makanan yang diambil secara lazim oleh manusia ataupun haiwan atau makanan tertentu
yang diambil oleh individu sama ada bagi tujuan kesihatan, menurunkan berat badan ataupun perubatan.
Namun, adakah diet itu ada dalam ajaran agama Islam?
Jawapannya ADA!
Malah Islam sendiri mengajar kaedah diet yang paling berkesan dan terbaik di dunia. Ilmu diet ini diambil daripada insan
yang paling sihat tubuh badannya di muka bumi ini. Siapa lagi kalau bukan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sekadar sebaik-baik
manusia dari segi akhlak, malah dari segi kesihatan tubuh badan. Sirah membuktikan bahawa baginda tidak pernah sakit
walaupun sekali akibat kesilapan baginda dalam mengambil pemakanan harian. Tubuh baginda tegap sihat, malah sentiasa
cergas dan kuat di setiap masa. Bagaimana pula dengan diri kita?
Malu pada diri sendiri.
Utusan Terakhir ini bukan sekadar membawa agama Islam, tetapi baginda juga membawa corak kehidupan manusia. Akhlak itu
sendiri mengikut peribadi baginda. Setiap apa yang baginda lakukan, maka itulah menjadi sunnah yang dijanjikan pahala. Paling penting,
keajaiban diet Rasulullah s.a.w. itu sendiri dijanjikan pahala pada sesiapa yang mengikutinya.
Masya Allah!
Pengantar Penulis
Kenapa perlu Ikut Sunnah Jibiliyyah?
Memecah Dimensi Makanan Sunnah dan Realiti Hari Ini
Makanan Sunnah: Justifikasi Pembuktian Saintifik
BAB 1
Sihat dan Tegap Seperti Rasulullah s.a.w.
Pernahkah Rasulullah s.a.w. sakit?
Tiga Peristiwa Rasulullah s.a.w. Ditimpa Kesakitan
Kenapa Perlu Sihat?
Punca Kegemukan
Tegapnya Tubuh Rasulullah s.a.w.
Mengapa Nabi Muhammad s.a.w. Tidak Mudah Sakit?
BAB 2
Apa itu Diet
Apa Yang Perlu Ada Pada Badan Kita?
Apakah Sumber Nutrien Yang Paling Penting?
Cara Mendapatkan Berat Badan Ideal
Lemak Badan
Jenis-Jenis Diet
Adakah Semua Diet Itu Baik?
Berapa Lama Tempoh Untuk Diet?
Mitos Dalam Diet
BAB 3
Keajaiban Pertama - Metode Pemakanan Rasulullah
Rahsia di Sebalik Etika Pemakanan Rasulullah SAW
Adab-adab Sebelum Makan
Adab-Adab Semasa Makan
Perkara-perkara Sunat Sesudah Makan
Hikmat Daripada Etika Pemakanan Rasulullah
Rahsia di Sebalik Makanan-Makanan Rasulullah SAW
Apa Yang Dimakan Oleh Rasulullah SAW Dipelihara Allah Taala Semenjak Baginda Kecil Lagi
Konklusi Daripada Keajaiban Pertama
BAB 4
Keajaiban Kedua – Metode Minum Rasulullah
Rahsia di Sebalik Etika Minum Rasulullah
Hikmat Daripada Etika Minum Rasulullah SAW
Rahsia di Sebalik Minuman-Minuman Rasulullah
Konklusi daripada Keajaiban Kedua
BAB 5
Keajaiban Ketiga - Metode Ibadah Rasulullah
Apa itu Ibadah
Rahsia di Sebalik Wuduk
Rahsia di Sebalik Solat
Rahsia Pergerakan di dalam Solat
Manfaat Solat Bagi Kesihatan Jiwa
Hikmah Saintifik Waktu Solat dan Perpindahan Warna
Keajaiban Solat Tahajjud
Keajaiban Solat Subuh dari Sudut Kesihatan
Rahsia di Sebalik Puasa
Jenis – Jenis Puasa
Mukjizat Tersirat Pada Amalan Berpuasa
Hikmah di Sebalik Puasa
Keajaiban Puasa Dari Sudut Kesihatan Moden
Rahsia di Sebalik Haji
Keajaiban Kaabah
Keajaiban Tawaf
Konklusi Daripada Keajaiban Ketiga
BAB 6
Keajaiban Keempat - Metode Riadah Rasulullah
Etika Riadah Rasulullah
Riadah Gaya Rasulullah
Menunggang Kuda
Berenang
Berlari
Gusti
Bahaya Sukan Waktu Malam
Konklusi Daripada Keajaiban Keempat
BAB 7
Keajaiaban Kelima - Metode Tidur Rasulullah
Apa itu Insomnia?
Definisi Tidur Mengikut Islam
Waktu-waktu untuk Tidur
Waktu yang Dimakruhkan Tidur
Tidur Cara Rasulullah s.a.w
Posisi Tidur
Posisi Tidur Cara Rasulullah dan Rahsianya di Sebaliknya
Adab Selepas Bangun Tidur
Sukar untuk Bangun Pagi?
Konklusi Daripada Keajaiban Kelima
BAB 8
Keajaiban Keenam - Metode Pekerjaan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah dan Pekerjaan
Rahsia Kejayaan Perniagaan Rasulullah
Keutamaan untuk Mencari dan Memiliki Harta
Apa Itu Zuhud?
Rahsia di Sebalik Pekerjaan Rasulullah
Sifat Perniagaan Rasulullah
Islam dan Perniagaan
Konklusi Daripada Keajaiban Keenam
BAB 9
Keajaiban Ketujuh - Metode Rutin Harian Rasulullah
Cara Rasulullah Berjalan
Berjalan Pantas dan Kesannya Terhadap Kesihatan
Buang Air Besar dan Kecil
Apa itu Istinjak?
Adab Ketika Membuang Air Besar dan Kecil
Postur Rasulullah Ketika Membuang Air Besar dan Kecil
Konklusi Daripada Keajaiban Ketujuh
BAB 10
Epilog
Bibliografi
Nota Hujung