Adi Satria Naga
oleh AD Mirzai


Versi Cetak

RM 18.9

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 20.9
Format:
Saiz:

Jumlah Muka Surat: 368

ISBN-13: 978-967-5136-67-2

Tarikh Terbit: 30 Apr 2011

PTS Publishing House


Versi eBook

Dalam satu kejadian gempa bumi, Haikal disangka terkorban di bawah timbunan tanah runtuh. Namun, dia sebenarnya masih hidup dan tercampak ke sebuah dunia yang aneh. Dunia yang ada persamaan dan juga perbezaan dengan dunia asalnya. Dia kini berada dalam dunia selari! Di dunia ini, kerajaan Melaka tidak pernah dijajah oleh Portugis, Belanda mahupun British. Malah kerajaan Melaka membentuk kerajaan gabungan yang dipanggil Nusantara bersama kerajaan Acheh, Patani, dan Demak. Di dunia ini, kemuncak Perang Salib adalah gabungan kerajaan Islam dan Kristian menentang kerajaan Yahudi. Saki-baki kerajaan Yahudi akhirnya lari menyeberangi lautan Atlantik dan hilang tanpa sebarang kesan. Di dunia ini juga, wujudnya naga yang selama ini disangka hanya hikayat purba ciptaan manusia!

.

Buku Berkaitan

Berita


Errata