Buku

Aku Bukan Si Pari-Pari

oleh Anis Arisa

RM 15.00 / RM 17.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-408-111-9

Muka Surat: 248

Saiz: 4.5x7.25

Tarikh Terbit: 13 Nov 2012

Kategori: Remaja, Remaja Umum

Kehadiran pelajar baru bernama Hidayah di Akademi Perempuan Elit (APE) meributkan keadaan Roy dan rakan-rakannya.

Keadaan bertambah rumit apabila pelajar-pelajar APE perlu bekerjasama dengan pelajar-pelajar Akademi Agama Lelaki (AAL) bagi menganjurkan program amal.

“Awak rabun tua ataupun rabun ayam? Tidak tengok sekeliling tempatkah? Kami sudah siapkan semua. Awak semua terhegeh-hegeh,” balas Kash geram.

“Siapa kata kami terhegeh-hegeh? Kami datang awal, tahu! Awaklah yang terhegeh-hegeh!” jawab Airin sambil mengetap bibir. 

Pada kesempatan yang ada, Hidayah mengambil peluang mendekati pelajar-pelajar AAL. “Betul cakap Abang Zack itu. Abang semua tidak perlu bergaduh dengan pelajar-pelajar APE. Semua ini buang masa sahaja,” tiba-tiba Hidayah bersuara sambil melangkah ke hadapan.

Apakah kesudahan nasib Roy dan rakan-rakannya apabila ada teman seperti Hidayah? Bagaimana pula Zack menangani sikap Hidayah? Ikuti kisah ini dalam Aku Bukan Si Pari-Pari. 

Tiada

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024