Buku

Al-Quran: Mushaf Furqan

oleh PTS Darul Furqan Sdn Bhd

RM 45.00 / RM 48.00Sabah/Sarawak
Versi Cetak
Beli Online

ISBN: 955-568-0700-00-5

Muka Surat: 621

Saiz: 5.5 inci x 7.5 inci

Tarikh Terbit: 20 Mar 2013

Mushaf Furqan ini dilengkapi dengan ciri unik dan dilengkapi panduan tajwid yang disediakan di bahagian belakang mushaf. Dengan saiz yang sederhana optimum, iaitu 5.5”x7.5” menjadikan Al-Quran ini lebih praktikal dan sesuai dibawa ke mana-mana sahaja walaupun ketika kembara. Ciri lain yang ringan dan mudah dibawa menjadikannya teman pelengkap setiap individu.

Selain ciri-ciri fizikalnya yang praktikal, ciri-ciri dalamannya juga diolah dengan teliti bagi menepati keperluan pembaca. Teks ayat Al-Quran ini adalah berdasarkan format mushaf Madinah edisi terbaru. Ia juga turut dilengkapi Asma ul-Husna yang disediakan di bahagian hadapan dan belakang naskhah ini.

Naskhah ini ditampilkan khas dengan empat warna eksklusif seperti oren, hijau, biru, dan merah jambu sebagai seleksi yang menepati warna pilihan tidak mengira jantina. Susun atur dalamannya juga berkonsepkan batik dan dicetak menggunakan kertas eksklusif khas bagi jaminan kualiti meliputi kandungan dan ciri luaran.



1. Asma Ul-Husna

2. Surah Al-Fatihah - Surah An-Nas

3. Doa Khatam Al-Quran

4. Keterangan Tanda-Tanda Dalam Mushaf

5. Tanda-Tanda Waqaf

6. Adab-Adab Membaca Al-Quran

7. Asma Ul-Husna



Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020