Buku

Apa Kata Islam Mengenai Hubungan Sosial

oleh Zulkifly Muda

RM 22.00 / RM 24.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5137-04-4

Muka Surat: 240

Saiz:

Tarikh Terbit: 4 Nov 2008

Kategori: Islam, Gaya Hidup

“Wahai manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu daripada lelaki dan wanita dan kami jadikan berbangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal, sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertakwa.”

Hubungan sosial masyarakat Islam mendedahkan sistem hubungan interaksi, bersepadu, tolong-menolong dan bergotong-royong yang membangun dalam seluruh faktor kehidupan.

Kenali ekologi perkembangan manusia bermula daripada kelahiran sehingga individu itu mampu menyumbang kepada masyarakat sekelilingnya.

Fahami lapisan masyarakat yang berbeza daripada segi kaum, kelas masyarakat, jantina dan institusi seperti keluarga, persatuan dan organisasi sosial. Ia ibarat anggota tubuh yang seimbang daripada sudut kemampuan, peranan dan keperluan.

Memahami prinsip hubungan sosial masyarakat Islam bermaksud seseorang dapat mengadaptasi dirinya ke dalam masyarakat serta mewujudkan pembangunan masyarakat yang simbang.

‘Apa Kata Islam Mengenai Hubungan Sosial’ membincangkan amalan-amalan yang menyentuh aspek perundangan Islam dalam hubungan masyarakat. Buku ini memfokuskan aspek kemanusiaan bermula dari kelahiran manusia, hubungan sesama manusia dan tanggungjawab jihad dan dakwah sebagai pembuka tirai dalam memahami hubungan sosial menurut perspektif Islam. Menghimpunkan kumpulan kata-kata Allah dan Nabi Muhammad mengenai hubungan sosial antara manusia. Dilengkapkan dengan huraian yang mudah, ringkas dan padat.

BAHAGIAN 1: Kelahiran Manusia

Amalan Bisyarah ketika Melahirkan Anak (Wiladah)
Azan di Telinga Bayi
Mencukur Kepala Bayi
Melakukan Belah Mulut (Tahnik)
Bersunat (Khatan)
Kenduri Bersempena dengan Majlis Khatan
Memberikan Nama (Tasmiyah)
Orang Yang Berhak Memberikan Nama
Memilih Nama Yang Baik
Nama Yang Diharamkan
Nama Yang Dimakruhkan
Menukar Nama
Akikah
Kerugian kerana Tidak Melakukan Akikah
Bilangan Kambing Bagi Sesuatu Akikah
Sifat-Sifat Binatang Akikah
Binatang Yang Diakikahkan
Status Agama Kanak-Kanak Mengikut Agama Ibu Bapa
Agama Kanak-Kanak Mengikut Status Negara
Penjagaan Anak (Hadanah)

BAHAGIAN 2: Hubungan Sosial antara Manusia


Hukum Mengintai dan Mencuri Pandang ke Rumah Orang Lain
Hukum Meminta Izin (Isti’zan)
Cara Isti’zan
Memperkenalkan Diri ketika Isti’zan
Hukum Mengetuk atau Membunyikan Loceng ketika Isti’zan
Kedudukan Tetamu ketika Isti’zan
Hukum Perempuan Menyambut Tetamu
Isti’zan bagi Orang Yang Dijemput
Isti’zan antara Suami Isteri dan Ahli Keluarga Yang Lain
Isti’zan Masuk ke Rumah Yang Tidak Didiami
Hukum Memberi Salam
Hukum Memberi Penghormatan Selain Salam
Hukum Memberi Isyarat Tangan sebagai Tanda Salam
Adab Memberi Salam
Memberi Salam kepada Bukan Islam
Salam ketika Mahu Beredar
Hukum Mengirim Salam
Memberi Salam antara Lelaki dan Perempuan
Menggunakan Bekas Emas dan Perak ketika Makan
Hukum Menyimpan Bekas Emas atau Perak
Menggunakan Emas atau Perak bagi Mengikat Bekas Yang Pecah
Menggunakan Bekas Selain daripada Emas dan Perak
Jiran dalam Islam
Kewajipan Berbuat Baik kepada Jiran
Menyakiti Hati Jiran
Mengganggu Hak Jiran
Berbuat Kebajikan Kepada Jiran
Jemputan Perkahwinan
Hukum Memandang dan Menyentuh antara Suami Isteri
Melihat Kemaluan antara Suami Isteri
Hukum Memandang di Kalangan Mahram
Hukum Menyentuh di Kalangan Mahram


BAHAGIAN 3: Tanggungjawab Jihad dan Dakwah


Kepentingan Jihad dan Peringkatnya
Kepentingan Ikhlas dalam Jihad
Orang Islam Sentiasa Menghadapi Musuh
Hijrah dan Hukumnya
Kedudukan dan Hak Orang Islam di Sisi Perundangan Islam
Hukum Menerima Undang-Undang Islam
Tugas Masyarakat dalam Pelaksanaan Syariah
Kedudukan Orang Bukan Islam dalam Masyarakat Islam
Bentuk Perdamaian dengan Orang Bukan Islam
Hak-hak Orang Bukan Islam Berdamai dengan Orang Islam
Objektif Penerimaan Orang Bukan Islam sebagai immi atau Musta’min
Kewajipan Orang Bukan Islam Menerima Pelaksanaan Syariah

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024