B Untuk Bunuh
oleh Aman Wan, Hazira Hanapi


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-2040-40-8

Tarikh Terbit: 20 Apr 2018

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Kesempitan wang, kedaifan hidup serta keuzuran ibu bapa menjadi pendorong Husna untuk kekal berjaya dalam akademik. Sepenuh hidup dihambakan demi mendapat keputusan cemerlang.

Sebuah tawaran biasiswa akhirnya menjadi penentu masa depan dan kesenangan keluarga. Namun, dirinya terpaksa berhadapan dengan beberapa calon pelajar terbaik yang kini menghalang bahagia. Husna terdesak. Sebuah kesilapan akhirnya bertukar menjadi dosa.

Langkah yang berdarah tidak mampu disucikan kembali. Tiada saksi, tiada bukti. Kini, hasutan syaitan mula menguasai diri. Sekiranya A terlalu menjauh, mungkinkah B untuk bunuh?

“Siri Akademik Thriller ini seiring dengan pendekatan Kerajaan dalam menangani isu jenayah dalam kalangan pelajar melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Program Remaja Berwawasan. Semoga pelajar lebih peka dengan akibat kepada salahlaku atau jenayah dalam sekolah.”

Dato Pahlawan Zakaria Yusof,
Mantan Timbalan Ketua Polis Kedah