Buku

Bahagianya Apabila Solatmu Diterima Allah

oleh Fahrur Muis, Muhammad Suhadi

RM 22.00 / RM 25.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-0142-29-6

Muka Surat: 176

Saiz: 6x9

Tarikh Terbit: 14 Jun 2014

Solat adalah topik yang tidak pernah habis ditulis dan dibincangkan. Setiap kali kita membaca berkenaannya, pasti hadir rasa kekurangan dalam solat yang dikerjakan selama ini. Walaupun sejak kecil kita sudah belajar dan hafal semua bacaan dan gerakannya, perasaan kurang yakin itu tetap ada dalam hati. Ada waktunya kita tidak khusyuk mengerjakan solat. Kita tidak fokus dan kurang faham maksud semua bacaan, malah gerakan solat kita juga tidak sempurna, sehingga secara umumnya kita berasa seluruh aspek perlaksanaannya kurang sempurna. Ini alasan utama mengapa ilmu solat perlu sentiasa dicari, dipelajari, dan dihayati oleh setiap orang Islam.

Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan, solat adalah tiang agama dan juga amalan pertama yang akan diperiksa di akhirat kelak. Sekiranya solat seseorang itu baik, sesungguhnya dia berjaya dan beruntung. Namun, sekiranya solatnya buruk, dia termasuk golongan yang gagal dan rugi.

Buku ini memiliki keistimewaan tersendiri sebagai buku panduan solat yang ringkas namun padat, mudah, praktikal, serta lengkap dengan rajah, ilustrasi, serta gambar langkah demi langkah. Kandungannya ringkas kerana buku ini hanya membincangkan perkara-perkara yang penting sahaja. Ini menjadi mudah kerana bahasanya ringkas dan juga praktikal kerana disampaikan langkah demi langkah bermula daripada membasuh kedua tangan ketika berwuduk sehingga memberi salam. 

Buku ini lengkap kerana merangkumi semua isu dalam solat, iaitu tata cara, makna, kelebihan, kesalahan umum, tip-tip, perbezaan antara imam, makmum, dan  individu yang solat bersendirian serta hal-hal yang lain. Selain itu, turut dimuatkan imej, gambar rajah, serta ilustrasi bagi menyokong kandungan buku. Semua hadith dalam buku ini kami pilih dengan teliti, iaitu hanya hadith yang sahih dan benar disahkan oleh pakar-pakar hadith.Semoga buku ini dapat memudahkan umat Islam dalam mempelajari dan mendirikan solat yang sempurna seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Semoga tulisan ini berfaedah untuk kita semua serta usaha penulis ini diterima oleh Allah s.w.t. Akhir kata dan sekali lagi, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. 

Bab 1: SOLAT ANUGERAH TERINDAH      

Makna Solat

Solat adalah Ibadah Sepanjang Masa

Erti Mendirikan Solat 

Mengapa Perlu Solat?

Keistimewaan Solat

Keutamaan Solat 

Rahsia Solat

Hukum Meninggalkan Solat

Khusyuk dalam Solat

Cara Khusyuk dalam Solat

Teknik Melatih Anak Rajin Solat 

Anjuran Solat Berjemaah

Kelebihan Solat Berjemaah

Faedah dan Kebaikan Solat Berjemaah

Situasi yang Membolehkan Tidak Solat Berjemaah

Etika di Masjid 

Di Mana Kita Boleh Bersolat?

 

Bab 2: PERSIAPAN SEBELUM SOLAT    

Bersuci

Keutamaan Wuduk

Fardu dan Sunat Wuduk

Perkara Makruh ketika Wuduk

Perkara yang Membatalkan Wuduk

Cara Berwuduk Langkah Demi Langkah

Mengusap Khuf atau Kasut  

Tayamum

Menutup Aurat

Azan dan Iqamat

 

Bab 3: CARA MENGERJAKAN SOLAT    

Waktu-Waktu Solat  

Jadual Waktu Solat Fardu

Waktu-Waktu Dilarang Solat dan Pengecualiannya

Syarat dan Rukun Solat

Jadual Rukun, Wajib, dan Sunat Solat

Cara Solat Menurut Amalan Nabi

Zikir Selepas Salam

Perkara Makruh dalam Solat

Perkara yang Dibenarkan dalam Solat

Perkara yang Membatalkan Solat

Bacaan Nabi Muhammad dalam Solat

Doa Qunut dalam Solat

Imam dan Makmum

Meluruskan Barisan Sebelum Solat

Mengikuti Imam

Kedudukan Imam dan Makmum

Mengqada Solat

 

Bab 4: SOLAT-SOLAT LAIN                    

Solat Jumaat

Syarat-Syarat Solat Jumaat 

Keutamaan Hari Jumaat

Aktiviti Sebelum Solat Jumaat, Sebelum Khutbah, dan Ketika Khutbah

Ukuran Mendapat Solat Jumaat

Solat Orang yang Uzur

Solat bagi Orang Sakit

Solat Khauf

Solat-Solat Sunat

Keutamaan Solat Sunat

Klasifikasi Solat Sunat  

Solat Sunat Rawatib

Dua Rakaat Sebelum Subuh

Solat Sunat Rawatib Ghairu Muakkadah

Solat Sunat Ghairu Rawatib

 

Bab 5: JENIS-JENIS SUJUD      

Sujud Solat Fardu dan Solat Sunat  

Sujud Sahwi Sujud Tilawah 

Sujud Syukur

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024