Buku

Bibir Merayu Hati Bernafsu

oleh Ahmed Haikal Ieman

RM 15.00 / RM 17.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-0142-23-4

Muka Surat:

Saiz:

Tarikh Terbit: 31 Jan 2011

Kategori:

Cinta itu bahagia, nafsu pula bahaya…
Cinta membuatkan kita tertawa, nafsu mengundang rasa kecewa…
Cinta selalu ingin memberi, nafsu pula ingin diberi…
Cinta mahu menyayangi, nafsu dikuasai rasa berahi…
Cinta adalah yang terbaik untuknya, nafsu sentiasa di sebaliknya.

Bagaimana mahu mengenal pasti cinta itu tercemar ataupun tidak?
Bibir Merayu, Hati Bernafsu adalah gejala yang mudah diamati.
Ketika kita merayu kepada yang tercinta, berhati-hati jangan
sehingga mahkota yang terpelihara ternoda.

Buku ini ditulis bagi mendedahkan perihal cinta yang sebenar.
Bagi kaum Hawa, kandungan buku ini mampu mengelakkan mereka daripada rayuan maut kaum Adam.
Demi mengetahui kadar cinta lelaki, wanita tidak boleh bertanya kepada lelaki yang selama ini mengaku mencintainya apakah dia benar-benar cinta
ataupun sekadar mencari kepuasan? Hadirnya buku ini membuatkan kaum Adam tersipu-sipu malu kerana kaum Hawa mengetahui, sebahagian besar kata-kata rayuan mereka bukanlah mencerminkan isi hati yang sebenar.

-

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024