Buku

Buat Duit Dengan Rumah

RM 18.00 / RM 21.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-983-3586-07-3

Muka Surat: 176

Saiz: 9x6x0.4

Tarikh Terbit: 25 Aug 2008

Orang bodoh nampak pandai jika ada banyak duit.
Orang pandai pula nampak bodoh jika tiada duit.

Kita tidak dipandang tinggi jika hanya dikenali sebagai orang bijak pandai tetapi tidak berduit. Ini kerana, kita mempunyai risiko dibeli oleh orang lain. Ini yang sedang berlaku dalam masyarakat hari ini. Orang yang berpelajaran terpaksa mengikut telunjuk orang yang membelinya.

Kadangkala mereka terpaksa melakukan perkara yang menyalahi agama dan undang-undang. Sebahagian daripada mereka menggunakan orang pandai bagi mengaut keuntungan dengan cara yang salah. Apabila kita menguasai ilmu dan mempunyai duit, kita mampu mengatakan ‘tidak’ bagi perkara yang bercanggah dengan tatasusila manusia yang bermaruah.

Sebelum ini, buku Kaya dengan Rumah membincangkan risiko hidup bergantung pada sumber yang tidak kebal dan cara mencipta sumber yang kebal. Namun, buku Buat Duit dengan Rumah mem-fokuskan pada panduan-panduan bagi pelabur yang ingin membuat duit dengan membeli rumah. Ia juga menerangkan pantang larang yang perlu difahami apabila melabur dalam rumah. Buku ini ditulis bagi menganjakkan pemikiran pembaca supaya melihat daripada sudut berbeza kerana melabur dalam rumah adalah ‘wajib’.

Ditulis dalam bahasa mudah dan terdapat fakta bagi memudahkan para pembaca memahami isu yang dibincangkan. Harapan penulis, buku ini dapat menjadi panduan bagi memulakan langkah melabur dalam rumah. Ia juga bagi mengelakkan pelabur daripada melakukan kesilapan semasa membeli rumah untuk diduduki sendiri ataupun disewa. Ia juga bagi memastikan pelabur dapat memaksimumkan keuntungan dengan usaha minimum.

Semua ini berlaku apabila kita mengubah persepsi pada perkara yang kita fikirkan selama ini. Jika hari ini kita adalah pekerja, tidak mustahil kita dapat menjadi majikan kepada pekerja lain pada hari esok dan seterusnya. Cuma, yang berbeza adalah anda dibayar gaji oleh majikan, tetapi kita tidak membayar gaji kepada pekerja kita sendiri.

“Buku ini membantu individu yang bekerja memulakan perjalanan ke arah memiliki timbunan harta dengan menjadikan hartanah sebagai paksi bagi mendapatkannya.” Yim Choong Chow

Panduan Meningkat Prestasi, Jurulatih Kejayaan – Konsultan Bisnes - Penulis

Kenapa Perlu Baca Buku Ini

Prakata

Bab 1 : Kita adalah Majikan

Bab 2 : Mengapa Sekarang?

Bab 3 : Jutawan Fakir

Bab 4 : Buat Duit dengan Rumah

Bab 5 : Enam Pilihan bagi Membuat Duit

Bab 6 : Masih Ragu-ragu

Bab 7 : Jenis-jenis Rumah 28

Bab 8 : Sumber bagi Mendapatkan Rumah

Bab 9 : Yang Sedang Dibina ataupun Sudah Siap?

Bab 10 : Memilih Rumah yang Sesuai

Bab 11 : Memilih Jenis Rumah

Bab 12 : Proses Saringan

Bab 13 : Rumah bagi Didiami Sendiri

Bab 14 : Harga yang Patut Dibeli

Bab 15 : Beli daripada Siapa?

Bab 16 : Pembiayaan Membeli dan Ansuran Rumah

Bab 17 : Memilih Jenis Pinjaman

Bab 18 : Had Pinjaman Pembelian Rumah

Bab 19 : Bayaran Pendahuluan

Bab 20 : Tiada Bayaran Pendahuluan

Bab 21 : Bayaran Lebih daripada Ansuran

Bab 22 : Perjanjian Jual Beli

Bab 23 : Kos Semasa

Bab 24 : Melindungi Mesin Cetak Wang Kelas Pertama

Bab 25 : Menambah Nilai Rumah dan Sewa

Bab 26 : Cukai Keuntungan Hartanah

Bab 27 : Kesilapan Pelabur Baru

Bab 28 : Pantang Larang Jutawan Rumah

Bab 29 : Mengawasi Aliran Wang

Bab 30 : Poket Bocor Rumah Bocor

Bab 31 : Mulakan dengan Rumah Pertama

Bab 32 : Strategi Melabur dalam Rumah

Bab 33 : Mengaplikasikan Hukum Ketertarikan

Bab 34 : Rumah, Oh, Rumah!

Bab 35 : Masa Membaca Sudah Sampai ke Penghujung

Indeks

Biodata Penulis

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024