C Kena Culik
oleh Azanil Fitri, Fazla Idha


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-2040-41-5

Tarikh Terbit: 20 Apr 2018

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Kau pernah dibenci oleh cikgu? Ataupun kau pernah tidak puas hati dengan cikgu? Sengketa pelajar dan guru memang lumrah alam persekolahan. Namun, sengketa kalau dibiarkan terlalu lama akan berubah menjadi dendam. Bila dendam sudah menguasai diri, tunggulah padah buruk yang bakal berlaku.

Ini kisah dendam yang tidak dapat dipadam dengan getah pemadam sekolah ataupun abang bomba. Gurauan dendam tiga pelajar memakan diri, cuba meraih simpati pada guru yang tiada empati. Lalu api kemarahan mencuit hidup insan lain, membongkar peti sejarah yang sepatutnya sudah lama terpadam.

Pilihan yang mereka ada? Jika A adalah mati, itu menyeksa diri. Memilih B untuk membunuh, lalu dijatuhkan hukuman mati. Barangkali C untuk culik mampu menyelesaikan segala simpulan masalah.

Fazla merungkai hal dendam dalam konteks pelajar dengan guru dan sebaliknya. Bunyi seakan tak logik namun itu realiti yang boleh berlaku dalam hidup kita. Thriller komedi yang dipersembah, menghidupkan cerita dan keluar dari kisah dendam yang biasa. Namun, paling utama adalah mesej pengajaran yang diterapkan dalam cerita dan pada setiap watak. 

Cikgu Rafidah Sarip, SK Wangsa Jaya
Guru Anugerah Khidmat Cemerlang 2016.

Buku Berkaitan


Berita


Errata