Buku

Detektif Yaya dan Penunggu Gunung Embun

oleh Timie Zafira

RM 15.00 / RM 17.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-411-760-3

Muka Surat: 184

Saiz: 5x7.5

Tarikh Terbit: 26 Feb 2016

Kategori: Kanak-Kanak

Imprint: PTS Junior

“Aku dengar, kat Gunung Embun tu ada monster bermata merah…”

Buku ini mengisahkan pengembaraan Yaya dan kawan-kawan sekelasnya yang pergi berkhemah di Gunung Embun. Pelbagai aktiviti berkumpulan yang mereka lakukan demi mendapatkan hadiah istimewa dari Cikgu Timi. Namun, apabila barang-barang kepunyaan mereka mulai hilang dari khemah, mereka mula tertanya-tanya. Apabila Suzy hilang tanpa berita, mereka semua risau benda yang paling buruk telah terjadi. Tambahan lagi, khabar angin yang menular tentang kewujudan monster di hutan itu membuatkan semua orang tidak senang. Dalam cuaca hujan ribut yang turun tanpa henti, Yaya harus menyelamatkan Suzy. 


Siri Detektif Yaya ini padat dengan nilai-nilai murni. Diceritakan dari pandangan Yaya yang penuh lawak dan misteri, siri ini sesuai dibaca oleh peringkat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. 
Di samping belajar tips survival, pembaca juga boleh merungkai misteri di Gunung Embun bersama Yaya dan kawan-kawan. 

BAB 1: Misi Nombor Satu

BAB 2:  Peperiksaan Bermula

BAB 3:  Bercuti di Gunung Embun!

BAB 4:  Yaya Memasak?

BAB 5:  Pencuri di Khemah

BAB 6:  Mana Suzy?

BAB 7:  Misteri Lembaga Hitam

BAB 8:  Selamat

BAB 9:  Teka-Teki Terakhir Papa Zola

BAB 10: Hadiah Daripada Si Jambu

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024