Diari Gadis Bintang
oleh Ain Maisarah, Azanil Fitri


Versi Cetak

RM16.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 18.00
Format: Trade Book

ISBN-13: 978-967-10404-8-5

Tarikh Terbit: 25 Nov 2011

Jumlah Muka Surat: 240


Versi eBook

Belum Terbit


Najmina, mempunyai kuasa tangan sekuat Badang dan menggelarkan dirinya sebagai Gadis Bintang. Tetapi bagaimana segalanya bermula? Segala rahsia hidupnya terkandung dalam diari merah jambu yang stailo ini.

Selepas empat tahun terhenti mencatit sebarang memori, akhirnya Najmina mengambil keputusan menyambung semula penulisan diari. Mendapat inspirasi selepas curi-curi membaca diari rakan superheronya iaitu Super 3G, kini beliau menukar diari harian itu kepada Diari Gadis Bintang. 

Pada masa yang sama, kehadiran badut yang bernama Mat Donut kini menghuru-harakan keamanan di Sri Bangsar. Bijak dalam memanipulasikan otak kanak-kanak, Mat Donut mula menjalankan agenda jahatnya mewujudkan bandar tanpa orang dewasa. Kini semua orang dewasa berada dalam keadaan bahaya!

Ketiadaan Super 3G kerana diserang demam denggi menyukarkan tugas Gadis Bintang menghalang Mat Donut. Tambahan pula Gadis Bintang mempunyai masalah fobia kepada badut. Dapatkah Gadis Bintang bersendirian mengatasi masalah fobianya itu demi menyelamatkan Sri Bangsar daripada ancaman Mat Donut? Semua jawapan ada di dalam Diari Gadis Bintang.