Buku

Diari Pengawas Sekolah

oleh Noraini binti Ammran

RM 7.90 / RM 8.90Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-401-006-5

Muka Surat: 128

Saiz:

Tarikh Terbit: 7 Mar 2011

Kategori: Kanak-Kanak

Semua orang kata, pengawas adalah manusia paling skema. Suka tulis nama orang lain. Suka cari kesalahan orang lain. Fazrul juga tidak terkecuali daripada berpendapat begitu. Sehinggalah pada suatu hari, dia dilantik menjadi pengawas sekolah.

Apakah yang terjadi pada Fazrul? Bagaimana gelaran-gelaran yang dia sendiri berikan kepada pengawas-pengawas itu?

Minggu kedua pada tahun ini bermulanya sesi persekolahan. Oh, sudah seminggu saya menjadi murid tahun lima. Saya sudah membuat perancangan awal. Saya mahu menulis diari apabila saya sudah masuk tahun lima. Sebenarnya, minat saya menulis diari ini muncul selepas saya membaca beberapa buah novel PELIT. PELIT? Ya, PELIT. Bukannya PELIK walaupun bunyinya memang pelik. Apa itu PELIT? PELIT ialah ringkasan ‘PErsonal LITerature’ yang bermaksud, jurnal peribadi seperti yang saya buat dalam buku 555 yang baru dibeli ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024