Diari Super 3G
oleh Ain Maisarah, Azanil Fitri


Versi Cetak

RM16.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 18.00
Format: Trade Book

ISBN-13: 978-967-10404-2-3

Tarikh Terbit: 22 Mar 2011

Jumlah Muka Surat: 240


Versi eBook

Belum Terbit


Buku catatan harian mengenai seorang pelajar bernama Alfi yang gemar membaca komik dan novel. Beliau memasang impian untuk bergelar superhero. Projek Superhero Sri Bangsar dirangka dalam usaha mencapai impian tersebut. Kebakaran kantin sekolahnya telah menyemarakkan dirinya untuk bergelar superhero. Akan tetapi untuk mencapai impian murninya itu tidak semudah yang disangka apabila Alfi terpaksa menempuh berbagai rintangan hingga disuatu ketika dia telah berputus asa untuk meneruskan impiannya. Dikala dirinya yang diselubungi awan mendung kegagalan, muncul sinar baru yang menyuluh dirinya ke puncak kejayaan. Kejadian bersama guru Kemahiran Hidupnya telah memberi harapan baru buat Alfi untuk bergelar superhero.



Sekolah Sri Bangsar dikejutkan dengan kemunculan kumpulan perompak yang menggelarkan diri mereka Geng Sup Ekor menyebabkan masyarakat sekitar berada dalam ketakutan dan memaksa Alfi dan cikgunya berganding bahu memerangkap penjenayah tersebut.