Buku

Dunia Sains Aiman 3- Dunia Semut

oleh Umi Kauthar Abdul Razak

RM 13.50 / RM 16.50Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-983-3654-00-0

Muka Surat: 256

Saiz:

Tarikh Terbit: 16 Nov 2007

Aiman masih lagi keliru dengan suara halus yang menegurnya. Dia memandang sekeliling namun memang tiada siapa berdekatan pokok ketapang itu. Tiba-tiba ada sehelai daun yang jatuh ke atas bahu Aiman.

“Opocot!”

Aiman terkejut. Sangkanya, dia disapa penunggu itu lagi. Aiman mulai cemas. Baru sahaja dia hendak memulakan langkah seribu, suara itu memanggil lagi. Mulut Aiman sudah mulai terkumat-kamit membaca ayat kursi bagi mengelakkan sebarang gangguan. “Aiman!” tegur suara itu lagi.

Jantung Aiman mula berdegup lebih kencang. Hatinya sudah kecut, namun akal logiknya masih waras.

“Mana ada penunggu siang-siang hari begini…”otak Aiman mula berfikir.

 

Siapakah yang memanggil Aiman? Benarkah dia diganggu penunggu?

-

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024