Buku
Eat That Frog
ISBN: 978-967-369-190-6
Muka Surat: 144
Saiz: 9x6x0.25
Tarikh Terbit: 21 Dec 2012
Imprint: PTS Publishing House
ISBN: 978-967-369-190-6
Muka Surat: 144
Saiz: 9x6x0.25
Tarikh Terbit: 21 Dec 2012
Imprint: PTS Publishing House
Begitu banyak yang perlu dilakukan dalam waktu yang begitu singkat. “Eat That Frog” adalah teknik terhebat bagi membunuh kemalasan dan membereskan lebih banyak kerja dalam masa yang singkat.
“Sekiranya kamu perlu makan seekor katak pada setiap pagi, kamu perlu bersyukur kerana itulah perkara terburuk yang mungkin berlaku pada hari itu.” - Mark Twain -
Peraturan pertama memakan katak: Sekiranya kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu. Bermaksud apabila kita mempunyai dua tugas penting, mulakan dengan tugas yang paling besar, paling penting dan paling susah dahulu. Disiplinkan diri kita bagi memulakan tugas itu serta-merta. Siapkan tugas it terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain.
Peraturan kedua memakan katak: Sekiranya kita perlu makan seekor katak hidp-hidup, makanlah dengan segera. Tiada gunanya sekadar duduk dan merenung katak itu lama-lama. Bermaksud, selesaikan tugas yang paling penting pada setiap pagi. Itulah kunci kepada prestasi terhebat dan produktiviti tertinggi. Jadikan ‘makan katak’ sebagai rutin harian sebelum melakukan perkara lain. Jangan berfikir panjang untuk ‘makan katak’ dan jangan bertangguh melakukan tugas yang penting.
Katak adalah simbolik kepada tugas yang terbesar dan terpenting. Tugas ini memberikan impak positif yang terbesar dalam hidup kita. Namun, tugas ini selalunya dilengah-lengahkan dan kita tidak teruja mahu menyelesaikannya.
Pengantar Penterjemah
Prakata
Pengenalan: Makan Katak Itu
Bab 1: Kemaskan Meja
Bab 2: Buat Perancangan Awal
Bab 3: Aplikasikan Peraturan 80/20 dalam Semua Perkara
Bab 4: Apakah Hasilnya?
Bab 5: Penangguhan yang Kreatif
Bab 6: Gunakan Teknik ABCDE Secara Berterusan
Bab 7: Fokus kepada Aktiviti Penentu Hasil
Bab 8: Aplikasikan Hukum Tiga
Bab 9: Buat Persiapan yang Teliti Sebelum Bermula
Bab 10: Satu Tong Minyak pada Satu Masa
Bab 11: Tingkatkan Kemahiran Utama
Bab 12: Kembangkan Bakat Istimewa
Bab 13: Kenal Pasti Halangan Utama
Bab 14: Beri Tekanan kepada Diri Sendiri
Bab 15: Maksimumkan Kuasa Peribadi
Bab 16: Motivasikan Diri supaya Bertindak
Bab 17: Keluar daripada Perangkap Teknologi
Bab 18: Hiris dan Potong Tugas itu Kecil-Kecil
Bab 19: Cipta Blok Masa Sendiri
Bab 20: Pupuk Sikap Bersegera
Bab 21: Buat Tugas Satu Per Satu
Kesimpulan: Amalkan Kesemuanya
Maklumat Penulis
Indeks