Buku

Hanya Tuhan yang Tahu

oleh A. Razak Adam

RM 24.00 / RM 27.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5136-05-4

Muka Surat: 368

Saiz:

Tarikh Terbit: 13 Jun 2008

Kategori:

Sazali begitu setia dengan cintanya pada Rahayu. Mereka menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah lagi. Sazali sering memberikan kata-kata semangat kepada Rahayu supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walau bagaimanapun, Rahayu mendapat keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan. Sazali berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti manakala Rahayu hanya bekerja sebagai pembantu di kedai perabot milik sepupunya, Jazlan.

Sikap Rahayu berubah sejak bekerja di kedai perabot itu. Hubungan Rahayu dengan Jazlan juga kian rapat sejak Sazali melanjutkan pelajaran di universiti. Akhirnya Rahayu berkahwin dengan Jazlan. Tarikh perkahwinannya sama dengan hari konvokesyen Sazali di universiti. Sazali datang juga pada majlis perkahwinan Rahayu bagi mengucapkan tahniah kepadanya.

Rahayu tetap bertahta di hati Sazali. Walau bagaimanapun, akhirnya Sazali memilih Fatimah, rakan sekampungnya, yang juga rakan sekampusnya. Gadis bertudung labuh ini pernah ditemui dalam mimpinya selepas melakukan solat istikharah. Hanya Tuhan yang Tahu... jodoh pertemuan ditentukan oleh-Nya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024