Hendak Gagal ataupun Berjaya?
oleh Razzi Armansur


Versi Cetak

RM 18

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 21
Format:
Saiz:

Jumlah Muka Surat: 176

ISBN-13: 978-983-3585-37-3

Tarikh Terbit: 11 Sep 2008

PTS Publishing House


Versi eBook

Di dunia yang dikatakan serba membangun ini, ada satu hukum ciptaan manusia yang mudah dan menjadi amalan sejak sekian lama. Hukumnya begini, sekiranya kita berjaya dan kaya, kita akan dihormati, disanjung, dan diletakkan di depan. Sekiranya kita kalah, gagal, tempatnya di tepi dan di belakang, terpinggir. Menyakitkan? Sememangnya hukum ciptaan manusia itu menyakitkan. Ia tidak termaktub di dalam mana-mana kitab undang-undang, tetapi dengan mudah ia menjadi amalan. Yang berjaya memang seronok kerana dilayan seperti manusia. Yang gagal tentu kurang seronok dan kecewa. Di situlah silapnya, sekiranya kecewa, pastinya terus berada dalam kegagalan dan kemiskinan. Sebaliknya, sekiranya kekecewaan itu ditukar kepada cabaran, hasilnya tentu berbeza. Ingat, manusia mempunyai banyak hak. Antaranya adalah hak membangunkan diri, meletakkan diri dalam masyarakat dan hak mencipta kejayaan. Kita menentang sistem yang membezakan antara gagal dan berjaya kerana kita tahu, harta benda, pakaian hanyalah ‘selaput’ yang menutupi. Yang penting adalah empunya diri. Tetapi kita tidak terdaya menentangnya. Mereka ramai dan hukum ini diguna pakai secara meluas, universal. Ia seperti seorang dua yang menentang pencemaran alam, tetapi yang merosakkan, yang melepaskan asap, yang menebang pokok, yang melepaskan gas CFC, yang meratakan bukit, yang berangan-angan meratakan gunung, dan yang menggunakan plastik itu lebih ramai. Apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita sekarang ini miskin dan gagal? Seperti yang kita katakan tadi, kita ada hak. Gunakan hak yang ada bagi mengubah kehidupan daripada menyakitkan kepada yang menyenangkan. Duduk diam dan mengeluh hanya menambah kemiskinan dan kegagalan. Terlebih rehat, terlebih tidur hanya melebihkan hutang. Yang buta teringin hendak celik, mengapa pula yang celik teringin hendak membuta? Begini keadaan kita hari ini, beginilah keadaan kita seterusnya. Malah bertambah teruk. Ini kerana, Allah tidak sekali-kali mengubah nasib seseorang melainkan orang itu mengubah nasibnya sendiri terlebih dahulu. Pertolongan daripada Allah hanya datang sekiranya seseorang menolong dirinya terlebih dahulu. Allah hanya memberi sekiranya seseorang itu ‘memberi’ kepada dirinya dan kepada Allah terlebih dahulu. Semakin besar ‘pemberian’ kita kepada diri kita dan Allah, semakin besarlah perolehan kita. Jadi, buku penting ini adalah panduan sekiranya kita mahu menyertai mereka. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, Gagal dan Berjaya. Baca terlebih dahulu punca-punca yang menyebabkan kegagalan supaya apabila kita menemui punca itu, kita tidak ‘melanggarnya’. Ataupun kita mempunyai punca-punca itu tanpa disedari, kita tahu yang punca itu menjuruskan diri kita kepada kegagalan. Bahagian kedua adalah Berjaya. Apa yang diperlukan bagi menjurus kepada kejayaan tertulis pada bahagian ini. Laksanakannya, insya-Allah, kita memperoleh apa yang dihajati. Manusia berhak berusaha mengubah hidup ke arah yang lebih baik.

Pendahuluan

Bahagian 1: Gagal
Bab 1: Hanya Ada Satu Pilihan
Bab 2: Suka Mendengar Cakap Orang
Bab 3: Hidup Atas Sudut Pandangan Orang Lain
Bab 4: Terikat pada Keadaan Lalu
Bab 5: Terikat pada Keadaan Sekarang
Bab 6: Terlebih Magnet
Bab 7: Tidak Sanggup
Bab 8: Tidak Ada Komitmen
Bab 9: Tidak Percaya
Bab 10: Tidak Ada Pendirian
Bab 11: Menghalakan ke Arah Gagal
Bab 12: Banyak Penangguhan
Bab 13: Pasif
Bab 14: Susahlah
Bab 15: Hanya Menyelesaikan Masalah Semasa
Bab 16: Kurang Usaha; Usaha Sekali-sekala
Bab 17: Tidak Menyukai Orang
Bab 18: Tidak Disukai Orang
Bab 19: Orang Tamak Selalu Gagal
Bab 20: Kerana Wang Semata-mata
Bab 21: Lambatlah
Bab 22: Tersilap Landasan
Bab 23: Personaliti Buruk
Bab 24: Horizon Sempit
Bab 25: Angan-angan Besar
Bab 26: Enggan Belajar
Bab 27: Banyak Keluhan
Bab 28: Prasangka Buruk dan Prejudis
Bab 29: Lemah dalam Hubungan Sesama Manusia
Bab 30: Jarang Berdoa
Bab 31: Cepat Jemu
Bab 32: Pemalas
Bab 33: Hanya Merancang dan Berfikir
Bahagian 2: Berjaya
Bab 34: Faham Lima Sebelum Datang Lima
Bab 35: Ada Keperluan − Ada Objektif
Bab 36: Sikap yang Baik
Bab 37: Sanggup
Bab 38: Banyak Memberi
Bab 39: Cepat Mengambil Peluang
Bab 40: Memasarkan Diri, Mencari Sahabat
Bab 41: Cara yang Lebih Baik
Penutup

Buku Berkaitan

Berita


Errata