Hero Vs Bonda Pet
oleh Ain Maisarah, Azanil Fitri


Versi Cetak

RM16.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 18.00
Format: Trade Book

ISBN-13: 978-967-10404-9-2

Tarikh Terbit: 25 Nov 2011

Jumlah Muka Surat: 224


Versi eBook

Belum Terbit


Super 3G dan Gadis Bintang kembali lagi! Dahulunya bergaduh kerana berebut popular, kini bergabung menyelamatkan Sri Bangsar dari haiwan-haiwan yang pandai mencuri. Ya, kejadian rompakan menggunakan haiwan ini didalangi oleh Bonda Pet yang licik sekali. Ia memeningkan pihak polis di Sri Bangsar dalam mencari bukti. Kehilangan haiwan peliharaan mahal-mahal di Sri Bangsar menjadi tanda tanya. Shasha The Wannababes turut menjadi mangsa apabila si Lily kucing kesayangannya hilang secara tiba-tiba.

Keadaan bertambah kronik apabila tali pinggang Super 3G dicuri. Lebih malang lagi apabila si pencuri itu menggunakan tali pinggang itu bagi meragut dan menyamar menjadi Super 3G. Rosak reputasi dan masyarakat mula memandang serong kepada Alfi.

Kini Skuad Hero mempunyai dua misi. Mendapatkan semula tali pinggang dan membantu pihak polis menjejaki Bonda Pet. Berjayakah mereka? Sudah tentu berjaya. Tetapi bagaimanakah mereka boleh berjaya? Buku ketiga Siri Hero Sri Bangsar ada jawapannya.