Buku

Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni

RM 21.90 / RM 24.90Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5226-61-8

Muka Surat: 192

Saiz: 9x6x0.4

Tarikh Terbit: 1 Dec 2009

Selama ini kita beranggapan pangkat, kekayaan dan kuasa mampu membuatkan kita berpengaruh. Sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa sahaja, biarpun tidak dihalalkan agama atau tidak direstui norma masyarakat.

Mungkin kita tidak perasan, sebenarnya ada beberapa orang di sekeliling yang masih berpengaruh secara semula jadi. Tanpa jampi serapah pun, kita mampu membuatkan semua orang mengatakan YA kepada pendapat kita. Ini yang disebut seni mempengaruh.

Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi, tetapi Seni, wajib dimiliki oleh mereka yang kerja berkumpulan, tidak kira di pihak atasan, mahupun pekerja sokongan. Selepas mendalami ilmu pengaruh melalui buku ini, ayuh lekas mencubanya secara halus.

Syahrul Nizam Junaini, kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi, terutama selepas kelahiran karya sulungnya, Teknik Persembahan Hebat dengan Power Point yang laris di pasaran.

Kali ini, beliau menghimpunkan semula ilmu komunikasi efektif, dikutip dari pengalaman sepanjang menuntut dalam Ijazah Sarjana Komunikasi Media di University of Bradford, United Kingdom.

Tambahan pula dengan posisi beliau sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Ikuti buah fikiran beliau selanjutnya di www.SyahrulNizam.com.

Sekapur Sirih

Bahagian I:

Pengenalan

Bab 1: Kuasa Daya Pengaruh

Bab 2: Kisah Musang, Anjing Pemburu dan Keldai

Bab 3: Mempengaruhi Anggota Organisasi

Bab 4: Lima Alasan Untuk Menguasai Daya Pengaruh

 

Bahagian II: Seni Memujuk dan Mempengaruh

Bab 5: Bermain dengan Emosi

Bab 6: Memujuk dengan Umpan

Bab 7: Bertanya Sebagai Kaedah Memujuk

Bab 8 : Memujuk bagi Menawan Hati

Bab 9 : Senjata Memujuk

 

Bahagian III: Teknik dan Kuasa Mempengaruh

Bab 10 : Perlunya Kuasa Mempengaruh

Bab 11 : Sumber Kuasa

Bab 12 : Matlamat Pujukan

Bab 13 : Model Daya Pengaruh

Bab 14 : Teknik Mempengaruh

Bab 15 : Menggunakan Kuasa

Bab 16 : Mengekspresikan Pengaruh

Bab 17 : Perundingan Berpengaruh

Bab 18 : Tenaga Penarik dan Penolak

Bab 19 : Perhebat Kuasa Personaliti

Bab 20 : Ciri Pemimpin Berpengaruh

Bab 21 : Cinta Pandang Pertama

 

Bahagian IV: Aplikasi Teknik Mempengaruh di Tempat Kerja

Bab 22 : Menjadi Pemimpin Berpengaruh

Bab 23 : Mempengaruhi Pasukan

Bab 24 : Mempengaruhi Kakitangan

Bab 25 : Mempengaruhi Rakan Sejawat

Bab 26 : Memimpin Walau Bukan Ketua

Bab 27 : Mempengaruhi Ketua

Bab 28 : Seni Membina Penyokong

Bab 29 : Pengaruh Bahasa Berkuasa

Bab 30 : Bina Kepercayaan, Kukuhkan Kredibiliti

Bab 31 : Teknik Jualan Berpengaruh

Bab 32 : Menjadi Wira Perubahan

Bab 33 : Memanfaat Peluang

Bab 34 : Persiapan Membina Hubungan

Bab 35 : Gunakan Sokongan dari Luar

Bab 36 : Seni Menangani Konflik

 

Bahagian V: Penutup

Bab 37 : Tokoh Paling Berpengaruh Abad Ke 21

Bab 38 : Etika Sebagai Individu Berpengaruh

Bab 39 : Berkongsi Kuasa

Bab 40 : Pengaruh Berkekalan. Rujukan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024